Aneh, INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Seorang wanita terjumpa spesies aneh di halaman rumah, setelah dilihat lebih dekat dia terus jatuh hati akan haiwan kecil itu, comel sekali!

Seorang wanita terjumpa spesies aneh di halaman rumah, setelah dilihat lebih dekat dia terus jatuh hati akan haiwan kecil itu, comel sekali!

Tammy Yarber dikatakan telah menemui seekor haiwan yang comel tetap agak aneh dan jarang ditemui di  halaman belakang rumahnyanya, di barat daya Amerika Syarikat. Dia kemudian memuat naik rakaman haiwan kecil itu ke YouTube.

Dia sebenarnya tidak tahu apakah spesies haiwan itu pada mulanya. Apa yang dia tahu haiwan itu hanya ‘bermain’ dalam lopak air.

Setelah dia mendekati haiwan itu barulah dia tahu baahwa spesies comel itu adalah anak armadillo.

Biasanya, ibu-ibu armadillo akan tinggal bersama bayi mereka, tetapi tidak pula bagi anak kecil armadillo ini. Ibunya tidak kelihatan bersamanya, mungkin dia yatim piatu kerana dia hanya bersendirian.

“Saya mencari ibu dan adik-beradiknya yang lain beberapa kali, tetapi saya tidak dapat menemui mereka di mana-mana. Saya jumpa beberapa lubang kecil tetapi kosong,” tulis Yarber.

Anak armadillo itu kemudian diberi nama “Dilly,” dijumpai ketika berkeliaran di belakang rumah Yarber untuk mendapatkan air bersendirian.

Dilly nampaknya sudah pandai berdikari untuk keluar dari tempat tinggalnya walaupun sendiri. Namun begitu, dia masih terlalu kecil dan memerlukan bantuan untuk terus hidup. Yarber sangat berbesar hati malah sangat senang untuk menjaga Dilly.

Yarber bahkan telah membantu Dilly untuk mendapatkan makanan (semut dan pepijat) serta menyediakan air bersih untuk diminum oleh spesies comel itu.

“Kamu sangat comel! Kamu boleh tinggal di halaman saya selagi kamu mahu.”

“Anda mencari semut untuk dimakan?” tanya wanita itu.

Walaupun Dilly membuat penampilan pertamanya sekitar dua tahun lalu, tetapi beberapa komen dari Yarber menunjukkan bahawa anak armadillo itu tidak dapat diselamatkan lagi.

“Armadillos berada di senarai Do Not Rescue di GA, itulah sebabnya saya mengalami kesulitan mencari bantuan buatnya. Saya yakin bahawa saya telah berusaha keras untuk memastikan dia terus hidup, “katanya. “Saya tidak dapat menyelamatkannya, tetapi saya tetap senang kerana dia tidak mati dalam kesejukan dan bersendirian.”

Walaupun ada yang mengkritik Yarber kerana tidak menjaga Dilly dengan baik masih ada mereka yang tetap mempertahankan keputusan wanita itu untuk menjaga Dilly semasa hayatnya.

Kredit gambar: YouTube | Rumble Viral

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...