Galeri Foto, INSPIRASI, NASIONAL, Pesona, Ria, VIDEO

Mendebarkan! Semua orang tarik nafas apabila melihat harimau bintang menerpa ke arah anjing kecil itu, tetapi apa kesudahannya sukar dipercayai!

Mendebarkan! Semua orang tarik nafas apabila melihat harimau bintang menerpa ke arah anjing kecil itu, tetapi apa kesudahannya sukar dipercayai!

Apabila memikirkan anjing Jack Russell sekecil itu ditinggalkan bersendirian di dalam tempat kurugan bersama si gagah harimau bintang sudah tentu anda menyangka kehidupan anjing tersebut akan berakhir pada hari itu bukan? Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Rupa-rupanya dua ekor haiwan ini adalah sahabat karib. Mereka sering menghabiskan masa 24 jam dengan bermain, makan dan tidur bersama semenjak kecil lagi.

Apabila harimau bintang yang bernama Jag ini dipindahkan ke Akwaaba Lodge di Afrika Selatan ketika ia masih kecil lagi, pemilik tersebut telah meletakkan anak anjing yang bernama Bullet sebagai penemannya.

Namun apabila kedua-dua haiwan ini semakin membesar, mereka mula memikirkan bahawa pasangan haiwan ini perlu dipisahkan.

Namun, ternyata tindakan memisahkan dua sahabat karib itu adalah perkara paling buruk dilakukan terhadap pasangan haiwan ini.

Apabila Bullet dipisahkan daripada tempat kurungan Jag, Jag menangis sepanjang hari manakala Bullet duduk di pintu masuk kurungan seakan-akan tidak mahu meninggalkan sahabatnya itu.

Apabila pemilik mereka melihat situasi yang menyayat hati itu, mereka memutuskan untuk membenarkan mereka hidup bersama semula di dalam kurungan yang sama.

Sejak mereka disatukan semula, pasangan haiwan ini nampak begitu gembira sekali seolah-olah rayuan mereka untuk bersama telah didengari dan mereka tidak lagi dipisahkan. Jag juga semakin membesar, sihat dan gagah.

Hebatnya, Jag tidak pernah mendominasi hubungan itu. Bullet adalah ketua dan ia tahu tentang itu. Malah ketika bermain, Bullet akan menyalak sebagai amaran jika Jag terlalu agresif atau mula mencederakannya.

Persahabatan mereka terlalu indah dan tiada risiko ancaman terhadap hubungan mereka kerana mereka terus hidup, bermain dan membesar bersama sebagai sahabat karib.

Tonton video ini untuk menyaksikan sendiri persahabatan yang comel itu dan kongsikan kepada rakan anda yang lain juga!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...