NASIONAL

Selepas penantian selama 4 tahun, akhirnya monorel Melaka dibuka semula

Selepas penantian selama 4 tahun, akhirnya monorel Melaka dibuka semula

MELAKA – Berita baik untuk semua! Kini perkhidmatan monorel di Melaka telah dibuka semula selepas ditutup selama 4 tahun. Ramai juga di antara kita yang tidak tahu di Melaka juga terdapat monorel. Menurut laporan, operasi perkhidmatan pengangkutan tersebut telah dibuka semula pada 4 Disember selepas berlakunya masalah teknikal yang memaksa kemudahan itu diberhentikan operasinya pada tahun 2013.  

Menurut The Star, perkhidmatan monorel berkenaan sebenarnya adalah untuk tujuan rekreasi, di mana ia menghubungkan Taman Rempah ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

Kemudahan tersebut berkepanjangan sejauh 1.6 kilometer menelan belanja sebanyak RM 16.5 Juta semasa pembinaannya pada 20 Oktober 2010. Tetapi, proses pembinaannya mula mengalami masalah selepas itu. Terdapat 20 orang penumpang yang terkandas di dalam koc monorel berkenaan pada jarak 100 meter daripada Stesen Hang Tuah.

Setahun kemudian, masalah yang sama turut berulang di mana 18 orang pelancong dari Hong Kong termasuklah ketua dan pemandu pelancong terkandas pada jarak 300 meter dari Stesen Hang Jebat.

Sumber: Fatin Baharum

Tidak lama selepas itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan monorel berkenaan.

Walau bagaimanapun, isu teknikal yang dihadapi itu kini nampaknya telah berjaya diselesaikan. Perkhidmatan monorel itu bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, dan 12 tengah malam untuk hujung minggu.

Harga tiket pula adalah RM10. Datuk bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata, “Kini satu koc dapat menampung sehingga 15 orang untuk setiap perjalanan selama 30 minit”, jelasnya.

Sumber: Facebook

Disebabkan perkhidmatan tersebut disediakan untuk kemudahan orang tempatan dan pelancong, ternyata ia mengundang banyak respon daripada orang ramai. Antaranya :

Sumber: Facebook

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...