NASIONAL

Selepas 10 tahun tanpa kemenangan, pasukan tenpin bowling wanita ungguli kejohanan dunia di Las Vegas

Selepas 10 tahun tanpa kemenangan, pasukan tenpin bowling wanita ungguli kejohanan dunia di Las Vegas

KUALA LUMPUR – Syabas Malaysia! Pasukan tenpin bowling wanita Malaysia diketuai oleh ratu bowling negara, Shalin Zulkifli, berjaya mengungguli Kejohanan Bowling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 4 Disember lepas.

Sumber: NST

Selepas 10 tahun kemarau tanpa sebarang kejuaraan dunia, pasukan kebangsaan berjaya mengalahkan Singapura dengan jumlah mata 214-209 dan 188-177.

Pasukan ini turut disertai oleh Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan serta dilatih oleh Holloway Cheah.

Kejuaraan ini merupakan pingat ketiga yang berjaya diperoleh selepas kemenangan dua pingat gangsa bagi kategori beregu ( Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane) dan all event ( Siti Safiyah).

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam Kejohanan Dunia adalah pada 2007 di Mexico dan sebelum itu pada tahun 2003 di Malaysia.

Memetik laporan New Straits Times, Holloway Cheah berkata, “Kami tetap fokus dan sering mencapai sasaran. Tahap keyakinan pasukan kami juga sentiasa tinggi.”

Berikutan kemenangan ini, pasukan Malaysia masih dahagakan kemenangan dengan menyasarkan pingat emas bagi acara Masters yang akan berlansung hari ini.

Jurulatih Malaysia yakin, Malaysia berpeluang cerah memenangi acara ini yang dibarisi oleh Shalin Zulkifli, Sin Li Jane, dan Siti Safiyah.

Selain itu, Ahmad Muaz Fishol yang memenangi pingat gangsa baru-baru ini dalam Kejohanan Dunia di Mexico akan berentap bagi acara lelaki hari ini.

Ayuh Malaysia, Malaysia boleh!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...