KUALA LUMPUR – Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan fenomena supermoon pada malam tadi, jangan bersedih kerana anda boleh saksikannya lagi. Menurut laman web rasmi NASA, terdapat 2 kejadian supermoon yang bakal berlaku – 2 Januari 2018 dan 31 Januari 2018!

NASA telah mengenalpasti kejadian berkenaan sebagai salah satu bahagian daripada ‘Trilogi Supermoon’.

Sumber: ScienceAtNASA | YouTube

Kejadian supermoon pada 31 Januari sangat istimewa kerana bulan menjadi warna biru walaupun ia merupakan kejadian supermoon kedua dalam bulan yang sama.

Menurut kenyataan seorang pakar NASA, supermoon pada 31 Januari nanti akan menghasilkan gerhana bulan, di mana ia dapat disaksikan dari Barat Amerika Utara melintasi Pasifik sehingga ke bahagian Timur Asia. Orbit bulan pula berada di sekeliling planet dan condong kerana ia biasanya jatuh di atas atau di bawah bayang-bayang bumi.

Sekitar dua kali setiap tahun, garisan bulan penuh dengan bumi dan matahari sehingga bayang-bayang bumi benar-benar menghalang cahaya matahari, yang biasanya akan mencerminkan bulan. “

Sumber: Forbes

Sumber: View of Life

Oleh kerana supermoon pada 31 Januari merupakan bulan biru, di mana ia lazimnya terjadi pada setiap 2 setengah tahun, maka fenomena yang bakal berlaku pada bulan Januari tahun hadapan semestinya merupakan kejadian ‘bulan berdarah biru’.

Bulan dilaporkan akan kehilangan tahap kecerahan dan mengambil cahaya daripada matahari yang menjadikannya melalui atmosfera bumi. Cahaya berkenaan lazimnya berwarna kemerah-merahan kerana cara atmosfera memantulkankan cahaya, menghasilkan gerhana bulan sepenuhnya dan kadang-kadang dipanggil sebagai ‘bulan darah’.

Seorang saintis daripada NASA menjelaskan fenomena berkenaan dengan berkata, “Kita akan melihat matahari terbit dan terbenam pada masa itu tercermin daripada permukaan Bulan.”

Sumber: Firdaus Latiff

Jadi, jangan lupa tandakan kalender anda supaya anda tidak terlepas menyaksikan fenomena hebat berkenaan, ya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds