INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Momen terindah seorang ibu apabila bayinya yang baru berusia 3 bulan mengatakan ‘I love you’ kepadanya, cukup comel!

Momen terindah seorang ibu apabila bayinya yang baru berusia 3 bulan mengatakan ‘I love you’ kepadanya, cukup comel!

Melihat anak kecil membesar di depan mata pastinya menjadi impian setiap ibu bapa. Momen-momen pertama mereka melakukan apa sahaja semestinya menjadi detik manis yang tidak akan dilupakan oleh ibu bapa.

Bayi comel berusia tiga bulan ini nampaknya mula mencipta momen terindah buat ibunya apabila dia mula mengikuti kata-kata ibunya yang berbunyi ‘I love you’ .

Si kecil yang bernama Hazel itu dirakamkan sedang duduk di atas pangkuan ibunya, Danielle. Setelah beberapa kali diajar dengan perkataan itu, Hazel mula mengulangi kata-kata ibunya. Walaupun tidak jelas apa yang dicakap tetapi nadanya tetap sama seperti yang diajar oleh ibunya.

Klip itu telah dimuat naik ke Instagram dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Melihat telatah comelnya siapa pun pasti akan jatuh hati dengannya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...