Aneh, INSPIRASI

Misteri patung La Pascualita, patung boneka yang dikhabarkan sebagai manusia sebenar yang telah diawet

Misteri patung La Pascualita, patung boneka yang dikhabarkan sebagai manusia sebenar yang telah diawet

Di tengah-tengah bandar Chihuahua, Mexico, terdapat sebuah butik pengantin bernama ‘La Popular’ yang agak terkenal.

Walau bagaimanapun, butik ini bukanlah dikenali ramai kerana menghasilkan busana pengantin yang cantik tetapi kerana memiliki patung yang sungguh luar biasa dan kelihatan seperti manusia sebenar!

Selama lebih 80 tahun, para pengunjung sentiasa terpegun melihat patung pengantin yang menghiasi tingkap butik ini. Mereka sentiasa menyangkakan bahawa patung berkenaan adalah manusia yang telah diawet.

Menurut cerita penduduk tempatan, patung yang diberi nama gelaran La Pascualita itu sebenarnya adalah mayat anak perempuan kepada pemilik butik yang telah diawet dan dipamerkan sebagai patung hiasan.

Patung La Pascualita mula dipamerkan di tingkap butik pengantin itu pada tahun 1930. Orang ramai mula menyedari bahawa patung ini mempunyai wajah mirip pemilik pada waktu itu, Pascuala Esparza.

Dilaporkan anak perempuan kepada Pascuala telah meninggal dunia pada hari perkahwinannya setelah digigit oleh seekor labah-labah black widow.

Justeru itu, penduduk tempatan mula mengesyaki bahawa patung La Pascualita adalah mayat anak pemilik butik tersebut.

Walau bagaimanapun, Pascuala menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa patung tersebut adalah sebenarnya mayat anaknya yang telah diawet. Namun, tiada siapa yang mempercayai kata-kata Pascuala.

Apa yang lebih mengejutkan adalah mengenai kisah misteri yang terjadi pada patung berkenaan. Dikatakan patung ini akan menukar posisi pada waktu malam dan matanya akan mengekori anda di seluruh kedai.

Di samping itu, hanya pemilik dan beberapa pekerja rapat sahaja dibenarkan untuk memakaikan atau membuka busana pengantin yang dipakai oleh patung ini.

“Setiap kali saya mendekati Pascualita, tangan saya akan berpeluh. Tangannya kelihatan seperti tangan manusia sebenar malah, terdapat urat darah pada kakinya. Saya percaya dia adalah manusia sebenar”.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sonia Burciaga, salah seorang pekerja butik yang harus menukarkan pakaian La Pascualita sebanyak dua kali seminggu.

Menakutkan bukan? Tetapi, adakah ianya kisah benar? Tiada siapa yang tahu.

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...