Asia, GLOBAL, INSPIRASI

Amah Indonesia yang bekerja di Hong Kong ditahan kerana siar video bogel anak majikan di Facebook

Amah Indonesia yang bekerja di Hong Kong ditahan kerana siar video bogel anak majikan di Facebook

Seorang pembantu rumah Indonesia yang berusia 28 tahun terpaksa ditahan polis setelah bertindak memuatnaik video siaran langsung ke Facebook yang memaparkan keadaan anak-anak majikannya yang sedang berbogel.

Pembantu rumah berkenaan yang dikenali sebagai Cinta telah memaparkan video berdurasi 17 minit itu secara langsung di akaun Facebook miliknya.

Menurut Hong Kong Economic Times, dikhabarkan seramai 700 pengguna Facebook telah menonton video berkenaan sebelum video tersebut dipadam beberapa hari kemudian.

Dalam satu video yang telah disunting dan disiarkan semula oleh on.cc, anda dapat lihat ketiga-tiga kanak-kanak di dalam video tersebut sedang berbogel semasa dimandikan. Salah seorang daripada mereka itu turut dilihat membuang air kecil di dalam tab mandi dengan muka dan bahagian sulitnya dikaburkan.

Cinta juga dilihat bermain bersama anak-anak majikannya yang berusia dalam lingkungan enam hingga lapan tahun sambil berpeluk-pelukan dan ketawa bersama-sama.

Pada satu detik, salah seorang daripada mereka turut berkata kepada Cinta, “Apa yang awak buat? Jangan rakam saya” dan Cinta membalas, “Mana ada”.

Setelah insiden tersebut menular, tindakan Cinta yang memuatnaik video berkenaan dikecam oleh netizen.

Pengasas Pertubuhan Kumpulan Sokongan untuk Majikan HK dengan Pekerja Domestik Asing iaitu Joan Tsui menyarankan agar Cinta segera diberhentikan kerja memandangkan dia telah melakukan satu kesalahan jenayah dengan menggunakan komputer atau dengan niat yang tidak jujur.

Dalam satu komen yang diterbitkan oleh on.cc, Joan Tsui menjelaskan bahawa pihak majikan yang mengupah pembantu rumah asing telah menandatangani satu persetujuan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk mengambil gambar ahli keluarga berkenaan.

Cinta dengan terangnya telah melanggar perjanjian yang telah dibuat dan wajar dijatuhi hukuman yang setimpal.

Sementara itu, Albert Luk pula yang merupakan seorang peguam ketika diwawancara oleh on.cc berkata, video berkenaan dengan jelasnya memaparkan bahagian sulit kanak-kanak tersebut dan ini adalah satu jenayah pornografi kanak-kanak.

Menurut Ordinan Pencegahan Pornografi Kanak-Kanak, mana-mana individu yang menerbitkan pornografi kanak-kanak boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara dan denda sebanyak RM520,400 atau lapan tahun penjara dan denda sehingga RM1 juta untuk kes yang lebih serius.

Sumber: Coconut

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...