GAYA HIDUP, KESIHATAN

Lelaki ini lumpuh selepas berbaring di atas katil sambil bermain telefon saban hari

Lelaki ini lumpuh selepas berbaring di atas katil sambil bermain telefon saban hari

Ini sungguh menakutkan! Kebanyakan kita sering menundukkan kepala untuk menatap telefon bimbit kita atau komputer ketika kita bekerja selama berjam-jam. Ternyata ia tidak baik untuk tubuh badan kita. Kita sentiasa membongkok kepala untuk melihat skrin! Seorang lelaki di Chengdu, China baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana lumpuh akibat masalah leher.

Sumber: Videos Blocks

Berdasarkan laporan oleh Sohu, lelaki berusia 40 tahun ini yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarganya, Wang, kebiasaannya berbaring di atas katilnya selepas seharian bekerja untuk bermain dengan telefonnya. Dia berbaring selama dua hingga tiga jam setiap hari sehingga satu hari, bencana melanda.

Dia tiba-tiba mendapati bahawa dia tidak dapat merasakan tubuhnya daripada paras dada hingga ke bawah dan ia sangat serius sehingga dia tidak dapat mengawal perutnya. Sangat menakutkan! Nasib baik, Wang menjalani beberapa ujian di hospital pada masa itu dan doktor dengan pantas melakukan rawatan kecemasan kepadanya.

Sumber: Apple Daily

Selepas beberapa pembedahan kecemasan, doktor mendapati bahawa dia menderita spondylosis serviks, yang memberi kesan kepada tulang belakang di leher anda. Keadaan ini boleh menyebabkan penyempitan ruang yang diperlukan oleh saraf tunjang dan akar saraf yang melalui tulang belakang ke seluruh badan anda.

Walaupun keadaan ini agak biasa pada orang tua, untuk Wang ia cepat berlaku kerana dia sering menundukkan kepalanya dan membongkok lehernya.

Sumber: Sohu

Rupa-rupanya, doktor mengatakan bahawa Wang telah mengalami rasa sakit dan ketidakselesaan di lehernya untuk sementara waktu, yang menyebabkan dia mengalami beberapa kesukaran dalam berjalan dan berdiri. Dia telah menangguhkan pemeriksaannya sehingga beberapa hari yang lalu ketika dia menjalani ujian dan tiba-tiba mengalami kelumpuhan.

Pembedahan kecemasan dilakukan pada Wang dan dia kini pulih daripada lumpuh tetapi doktor mengatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada tubuhnya akan dapat pulih sepenuhnya daripada pengalaman traumatis.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...