Asia, GLOBAL, INSPIRASI

Akibat menjalani latihan lasak melampau, askar wanita Korea Utara berhenti datang haid. Malah seksaan yang dialami bukan setakat itu sahaja…

Akibat menjalani latihan lasak melampau, askar wanita Korea Utara berhenti datang haid. Malah seksaan yang dialami bukan setakat itu sahaja…

Korea Utara sememangnya terkenal dengan imej negara yang kejam apabila rakyat negara ini dikatakan mengalami penderitaan dengan penderaan dan kebuluran. Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan meraih pengiktirafan, ada dikalangan golongan wanita yang berani menyertai perkhidmatan tentera dengan harapan untuk menjauhi kehidupan yang kejam.

Seorang wanita yang pernah berkhidmat sebagai anggota tentera di Korea Utara mendedahkan bagaimana sukarnya kehidupan di negara kelahirannya itu apabila berada dalam kawalan kehidupan ketenteraan. Beliau menjadi saksi dan mengalami sendiri kesengsaraan menjadi tentera wanita apabila kebanyakannya tidak lagi mengalami kitaran haid dan menjadi mangsa perkosaan.

Seorang bekas tentera wanita Korea Utara telah berkongsi pengalaman ngeri  bersama tentera wanita yang lain ketika memasuki pasukan tentera Korea Utara

Lee So Yeon adalah anak perempuan seorang profesor universiti dan usianya baru 17 tahun apabila dirinya secara sukarela telah memasuki pasukan tentera. Dengan niat yang ikhlas, So Yeon memasuki tentera kerana semangat patriotisme dan mengikuti jejak ahli kelurganya yang lain yang telah berkhidmat dengan pasukan tentera negara.

Faktor terbesar dengan keputusan yang dibuat ialah pihak tentera akan memberi jaminan keselesaan dan pemberian bekalan makanan ketika negara di belenggu ancaman kebuluran pada tahun 1990-an.

Lee So Yeon berkata beliau memasuki tentera kerana semangat patriotisme dan mengikut jejak langkah ahli keluarganya yang berkhidmat dalam pasukan tentera negara

Lee So Yeon berkata, terdapat ramai wanita Korea Utara yang memasuki tentera dengan sebab yang sama sepertinya. Kesemua mereka pada mulanya berasa amat gembira menikmati kehidupan ketenteraan di Korea Utara di mana So Yeon mendapat hak keistimewaan menggunakan pengering rambut. Dengan bekalan eletrik yang sentiasa terputus di kem, So Yeon tidak lagi dapat menggunakan barangan ‘mewah dan istimewa’ ini dengan kerap.

Ramai tentera wanita menyertai pasukan tentera dengan alasan yang sama seperti Lee So Yeon kerana mahukan bekalan makanan yang mencukupi dan tidak diancam kebuluran

Kehidupan indah di dalam pasukan tentera keempat terbesar di dunia ini hanyalah sementara buat So Yeon dan ketuanya. Kemudian makanan yang dibekalkan mulai berkurangan dan latihan ketenteraan yang ketat dan keras mengambil tempat sehingga ramai dari para tentera wanita mengalami masalah kesihatan.

Lee So Yeon mengimbau kenangan itu dengan berkata, “Selepas enam bulan ke setahun dalam perkhidmatan, kami mengalami masalah perjalanan haid yang tidak teratur dan ada yang telah terhenti langsung kerana masalah kekurangan zat makanan dan tekanan keadaan sekeliling.”

Kata So Yeon lagi, “Ada antara tentera wanita yang berasa lega kerana tidak lagi mengalami kitaran haid. Mereka berkata jika mereka masih mengalami kitaran haid, dengan situasi buruk yang  sedang dialami akan menyebabkan mereka menghadapi masalah yang lebih berat.”

Dengan keadaan latihan yang sangat berat dan sukar, kebanyakan tentera wanita Korea Utara telah berhenti mengalami kitaran haid setiap bulan

Pengalaman yang dialami oleh para tentera wanita ini sangat sukar sehingga So Yeon melabel ia sebagai pengalaman yang mengerikan.

So Yeon berkata, ramai antara mereka yang tidak berani untuk mandi kerana apabila mereka dipaksa membersihkan diri, saluran paip yang disambung dengan air di pergunungan akan bercampur dengan segala jenis haiwan seperti ular dan katak dan ia akan keluar bersama air mandian tersebut.

Para tentera wanita biasanya diberi latihan fizikal yang lebih mudah dan mereka akan melakukan kerja memasak dan mencuci berbanding tentera lelaki.

Dalam kem tentera, tiada peruntukan bagi para tentera wanita untuk mendapatkan tuala wanita yang bersih. Jadi para tentera wanita ini tiada pilihan lain selain menggunakan semula tuala wanita mereka.

Para tentera wanita ini mengalami pengalaman yang sangat tragik apabila berada di dalam pasukan tentera. Mereka telah diperkosa oleh pegawai atasan secara berulang kali

Dan perkara paling malang dan menyedihkan dalam kehidupan tentera wanita Korea Utara telah didedahkan oleh Lee So Yeon.

Lee So Yeon menganggap dirinya amat bertuah apabila tidak mengalami sebarang penderaan seksual semasa dalam perkhidmatan  tentera di antara tahun 1992 sehingga 2001.

Tetapi beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana rakan sepasukan dan ketuanya telah diperintahkan untuk mengikut arahan pegawai atasan dan diperkosa secara berulang kali.

Kata Lee So Yeon dengan keadaan simpati, “Pegawai atasan akan duduk di dalam biliknya di unit kami selama beberapa jam dan memperkosa tentera wanita di bawah arahannya. Ini hakikat dan berlaku secara berulang kali tanpa henti.”

Lee So Yeon telah berjaya meninggalkan perkhidmatan tentera di unit tersebut pada usia 28 tahun. Kemudian Lee So Yeon telah berkhidmat sebagai seorang sarjan dalam unit isyarat yang berdekatan dengan Korea Selatan.

Buat seketika, So Yeon menjadi orang awam yang menderita secara kewangan dan melakukan percubaan melarikan diri dari Korea Utara pada tahun 2008.

Percubaan keduanya ialah apabila beliau telah dikeluarkan dari penjara dan Lee So Yeon telah berenang melalui Sungai Tumen sehingga ke China. Di China, So Yeon menemui seorang broker yang berjaya membawanya dari China hingga ke Korea Selatan.

Selepas Lee So Yeon berjaya melarikan diri dari Korea Utara, beliau telah mendedahkan pengalaman ini dan berkata akan ada ramai lagi pelarian dan pembelot Korea Utara akan tampil memberikan pengalaman peribadi mereka

Lebih banyak lagi kekejaman yang berlaku di Korea Utara akan didedahkan kepada dunia selepas ini. Baru-baru ini, seorang tentera Korea Utara telah ditembak oleh rakan sejawatnya dan mengalami kecederaan parah apabila beliau secara tiba-tiba melarikan diri ke sempadan Korea Selatan.

Nasibnya baik apabila telah berjaya diselamatkan dan dirawat di hospital Suwon di selatan Seoul. Pasukan perubatan hospital tersebut telah menemui parasit di dalam tali perutnya berikutan tahap kebersihan yang amat lemah di Korea Utara.

Seorang warga Korea Utara yang telah berjaya melarikan diri mendedahkan satu kekejaman pihak tentera Korea Utara yang beliau saksikan sendiri dengan matanya.

Gadis ini telah nekad untuk melarikan diri apabila beliau telah menyaksikan kekejaman pihak tentera yang meletupkan sebelas orang ahli muzik dengan senjata anti pesawat.

Beliau juga mendedahkan bagaimana Presiden Kim Jong-un telah membawa pergi rakan sekelasnya yang masih remaja untuk dijadikan sebagai hamba seks.

 Kredit imej: Stock/ Reuters

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...