Aneh, Asia, GLOBAL

Sisa makanan ini diberi makan kepada lipas. Dan lipas pula diberi makan kepada ayam. Masih mahukah anda memakan ayam apabila berada di negara ini?

Sisa makanan ini diberi makan kepada lipas. Dan lipas pula diberi makan kepada ayam. Masih mahukah anda memakan ayam apabila berada di negara ini?

Walaupun kita sering mendengar terdapat kebuluran dan kekurangan makanan di serata dunia, namun ada negara di dunia yang masih mempunyai lebihan dan sisa makanan yang dibuang begitu sahaja. Oleh kerana negara ini begitu mewah dengan pengeluaran makanan, makanan yang tersisa hanya menjadi sampah dan dibuang begitu sahaja.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dari pengeluaran makanan dunia yang dikeluarkan oleh manusia setiap tahun, sebanyak 1.3 bilion tan makanan telah dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Dengan makanan sebanyak ini, sejumlah 2 bilion manusia dapat diberi makan selama setahun.

Dengan lebihan sisa makanan yang begitu banyak, ada segelintir manusia yang telah dapat memikirkan bagaimana untuk memaksimakan kegunaan lebihan sisa makanan ini terutamanya lebihan sisa dapur yang masih boleh digunakan dan boleh dimakan oleh makhluk lain.

Satu teknik penyelesaian telah dilakukan oleh Bandaraya Zhangqiu, Wilayah Shandong di China apabila semua lebihan sisa dapur dikutip dan dikumpul lalu dihantar ke satu tempat misteri untuk perlupusan. Setiap hari bandaraya ini mengumpul 15 tan sisa makanan dapur untuk dibuang dan dilupuskan. Bagaimana caranya bandaraya ini melupuskan sisa makanan ini?

Sisa makanan ini akan dihantar ke satu tempat misteri dan di situ wujudnya 300 juta lipas Amerika yang bersaiz besar untuk diberi makan. Pada mulanya, lipas Amerika hanya wujud di Amerika dan kawasan yang beriklim sesuai dengan pembiakan spesies lipas ini. Akan tetapi, oleh kerana terdapat banyak kapal dari Amerika Syarikat yang datang melalui perdagangan, lipas Amerika telah dapat berhijrah ke negara lain dan membiakkan spesiesnya dengan banyak di China.

Jangka hayat lipas ini adalah selama setahun. Lipas yang dibela ini tidak cerewet memilih makanannya dan mampu memakan 5 peratus dari sisa makanan yang diberi untuk menampung zat di dalam badan serangga ini. Serangga ini dibekalkan protein, lemak, gula, garam dan lain-lain melalui pemberian sisa makanan tersebut.

Sepatutnya lipas Amerika ini tidak digemari  dan akan dilupuskan, sebaliknya ia dibela dengan banyak. Sebenarnya, lipas Amerika ini dibela untuk dijadikan bekalan makanan ternakan.

Seorang pengurus pusat pelupusan sampah berkenaan bernama Li Bing berkata,  lipas-lipas ini akan dihancurkan untuk dijadikan makanan kepada ayam ternakan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kementerian Pertanian, ayam-ayam ini tidak lagi dicucuk ubat untuk membesar dengan cepat tetapi hanya diberi makan lipas-lipas ini yang kaya dengan protein dan rendah lemak.

Protein di dalam lipas adalah 71.2 peratus lebih tinggi daripada yang terdapat di dalam makanan biasa ayam. Oleh kerana lipas-lipas ini mempunyai kandungan zat nutrisi yang tinggi, ia amat menarik minat para pernternak ayam untuk mencuba kaedah pembiakan ayam dengan cara ini.

Memberi ayam-ayam dengan makanan lipas-lipas ini merupakan satu kaedah yang sangat mesra alam dan tidak memudaratkan tubuh badan ayam.Tetapi apa yang bermain difikiran, bagaimana rasanya daging ayam tersebut selepas seharian menikmati hidangan lipas-lipas ini lalu menjadi darah daging untuk dijadikan makanan manusia?

Kredit foto: Ptt01.cc

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Aneh Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...