KESIHATAN

Seorang ibu dari Filipina terkejut apabila mendapati objek tersekat di dalam hidung bayinya yang berusia 2 tahun

Seorang ibu dari Filipina terkejut apabila mendapati objek tersekat di dalam hidung bayinya yang berusia 2 tahun

Menjadi ibu bapa adalah satu tanggungjawab yang sukar. Tidak kira bagaimana anda cuba untuk menjaga dan melindungi anak anda, kemalangan dan penyakit masih tidak dapat dielakkan. Inilah yang pernah dialami oleh seorang ibu dari Filipina ini.

Riza Canunayan berkongsi mengenai kisah ini di laman Facebooknya, dan menjadi tular. Dia menceritakan kisahnya mencari objek yang tersembunyi di dalam hidung anaknya yang berusia dua tahun.

Canunayan memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa berjaga-jaga dan selalu memerhati bayi mereka

Sumber: Riza Canunayan/Facebook

Dia berkata di dalam laman Facebooknya (diterjemahkan daripada bahasa Tagalog):

“Kepada semua ibu bapa, kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa memerhatikan anak-anak kita, terutama yang masih kecil. Saya hanya mahu berkongsi apa yang berlaku kepada anak perempuan saya berumur dua tahun untuk membantu ibu bapa dan mencegahnya daripada berlaku kepada orang lain.”

Pada mulanya, ibu itu tertanya-tanya mengapa anaknya kelihatan tidak selesa. Dia fikir anaknya itu sejuk, sehingga dia perhatikan bahawa hanya satu sisi hidung anak itu mengeluarkan lendir. Ia adalah tanda sesuatu yang buruk. Suatu malam, Canunayan memutuskan untuk melihat sendiri menggunakan lampu suluh ketika anaknya sedang tidur.

Ibu ini berasa terkejut apabila melihat objek perak di hidung anak perempuannya

Sumber: Riza Canunayan/Facebook

Ternyata ia adalah cangkuk untuk pengetip kuku. Canunayan memberitahu di dalam laman Facebooknya:

“Saya melihat sesuatu yang kecil dan perak di dalam hidungnya. Saya panik dan cuba untuk menariknya sendiri, tetapi ia sedikit susah dan saya panik. Sekitar pukul 1 pagi, kami pergi ke klinik 24 jam untuk berjumpa doktor. Saya terkejut melihat apa yang diperoleh oleh doktor. Ia besar dan anak perempuan saya berdarah, mungkin kerana luka di hidungnya apabila doktor menarik objek itu. “

Canunayan menjangkakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja selepas itu, namun ada sesuatu yang tidak kena

Sumber: Riza Canunayan/Facebook

Bayinya kelihatan masih tidak selesa. Hal ini menyebabkan kegusaran kedua ibu bapa berkenaan lalu meniup hidungnya. Tetapi mereka terkejut melihat sesuatu lendir kekuningan dengan bau busuk keluar daripada hidung anak itu.

“Ia adalah benang yang saya rasa telah masuk sebelum cangkuk perak daripada pengetip kuku kerana perubahan warna. Saya hairan bagaimana ia dapat masuk ke dalam hidungnya kerana saya kerap juga memerhatikan anak saya. Mungkin ia hanya keadaan yang tidak dapat dielakkan. “

Ibu ini juga bersyukur kerana bayinya sekarang dalam berkeadaan baik dan dia diberi amaran untuk memeriksa keadaan bayinya. Menurut Facebook ibu ini, bayinya selamat dan tidak mengalami sebarang jangkitan.

Shout out to all parents out there…Sa Mga mom/dad jan kailangan pa talaga nating bantayan maiigi mga anak natin ano…

Posted by Riza Canunayan on Wednesday, November 15, 2017

Adakah anda pernah mengalami situasi yang serupa? Ceritakan kisah anda di bahagian komen di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...