Idea Gajet, Produk Teknologi, SAINS & TEKNOLOGI

Samsung sedang membangunkan bateri telefon yang hanya mengambil masa 12 minit sahaja untuk dicaj sepenuhnya

Samsung sedang membangunkan bateri telefon yang hanya mengambil masa 12 minit sahaja untuk  dicaj sepenuhnya

Syarikat terkemuka Korea Selatan kini sedang membangunkan material bateri yang baru, di mana ia akan membolehkan anda menjimatkan masa – hanya 12 minit untuk bateri telefon anda dicaj sepenuhnya!

Image: Tech Crunch

Menurut laporan  syarikat berkenaan menerusi laman blog pada Selasa lalu, para penyelidik di Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) sedang dalam usaha untuk membina prototaip bateri baru tersebut yang mampu mengecas bateri 5 kali ganda lebih cepat berbanding dengan bateri ion litium yang lazimnya digunapakai oleh kebanyakan bateri telefon pada masa ini.

Material berkenaan dikenali sebagai bebola graphene, dan pihak SAIT berkata ia amat berguna untuk penggunaan peranti telefon bimbit dan kenderaan elektrik

Image: Samsung

“Secara teorinya, bateri yang berasaskan bebola graphene ini hanya memerlukan 2 minit sahaja untuk dicaj penuh. Tambahan pula, suhu bateri berkenaan kekal stabil pada 60°C”, jelas syarikat terbabit pada 28 November.

Bahan bateri itu juga dapat membantu meningkatkan kapasiti penggunaan bateri sehingga 45%. Graphene secara umumnya 100 kali ganda lebih efektif daripada tembaga dalam mengalirkan arus elektrik. Hal ini menjadikan ia sebagai bahan ideal untuk mempercepatkan proses pengecasan.

Image: Green Bot

Untuk pengetahuan anda, bateri ion litium pertama kali dikomersilkan pada tahun 1991, dan digunakan secara meluas dalam pasaran peranti telefon bimbit. Walau bagaimanapun, bateri ion litium mengambil masa selama hampir setengah jam hingga sejam untuk proses pengecasan penuh. Oleh yang demikian, dengan teknologi pengecasan yang lebih pantas ini, ia mampu mengembangkan lagi kapasiti bateri dengan menggunakan bahan yang lebih berinovatif.

Tidak pasti pula bilakah pihak Samsung akan memperkenalkan bateri baru tersebut pada pasaran, namun mereka berjanji ia akan digunakan kelak. Menerusi laman teknologi CNET, Samsung sudah pun membuat permohonan bagi mempatenkan perkara berkenaan di Amerika Syarikat dan di Korea.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...