Niat asal gadis dari Filipina ini berhijrah ke Hong Kong adalah semata-mata untuk membantu keluarganya dari sudut kewangan. Namun tanpa disangka-sangka, gambar-gambar yang diambil oleh gadis berkenaan telah mengubah takdirnya.

Gadis bernama Bacani ini gemar mengambil gambar hitam putih yang memaparkan pemandangan Hong Kong yang sentiasa sesak dan dipenuhi ramai orang.

Antara hasil gambar yang diambil olehnya adalah tentang seorang tukang masak sedang menyediakan hidangan makan malam kepada para pekerja yang baru pulang dari pejabat masing-masing.

Satu lagi hasil gambar hebat oleh Bacani adalah gambar seorang kanak-kanak perempuan yang sedang melihat melalui pintu cermin berkabus. Walaupun keseluruhan gambar tidak begitu jelas, anda dapat lihat dengan jelas ekspresi wajah anak kecil tersebut yang telah menghidupkan gambar ini.

Apa yang lebih mengagumkan lagi, gambar ini berjaya membolehkan Bacani meraih anugerah!

Tema hitam putih ini membolehkan Bacani memfokuskan kepada perasaan yang wujud di dalam gambar tersebut.

“Gambar yang kelihatan sunyi dan tenang ini mempunyai kuasa tersendiri. Ia menyampaikan bahasa. Pada saya, fotografi adalah bahasa di alam semesta”.

Kebiasaannya, Bacani akan memuatnaik hasil gambar yang diambilnya di Facebook. Kemudian, seorang jurugambar Filipina yang sangat terkenal di San Francisco bernama Rick Rocamora telah melihat beberapa hasil kerja Bacani dan amat menyukainya.

Rocamora kemudiannya mencadangkan supaya semua hasil seni Bacani dimasukkan ke dalam laman sesawang New York Times. Sejak itu, Bacani mula meraih perhatian dari seluruh dunia.

Malah, Bacani turut menerima tajaan daripada Fuji Film dan telah mengadakan pameran gambarnya sendiri di Pejabat Konsulat Filipina yang terletak di Hong Kong.

Sebagai seorang warga asing di bumi Hong Kong, Bacani berjaya memperlihatkan Hong Kong daripada perspektif yang berbeza berbanding masyarakat tempatan. Gambar-gambar yang diambil sentiasa mengetengahkan ciri drama dan kesayuan.

Tidak kira pada bila-bila masa sama ada Bacani sedang membeli barangan runcit atau bersiar-siar sewaktu hari cuti, dia tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar yang sempurna.

Sewaktu Pertandingan Foto Antarabangsa Hamdan 2015 yang diadakan di Dubai (HIPA), Bacani berjaya mencuri tumpuan dunia dengan hasil gambarnya. Dalam pertandingan yang eksklusif ini, Bacani meraih tempat kelima sekali gus mengalahkan 30,000 peserta daripada 166 negara!

Ganjaran yang diperolehi oleh Bacani bernilai lebih RM24,000!

Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa Bacani telah bekerja sebagai orang gaji di Hong Kong selama sembilan tahun lamanya. Dilahirkan di kawasan pedalaman miskin iaitu Nicaragua, Bacani telah ditinggalkan oleh ibunya bersama dengan dua lagi adik-beradik untuk pergi ke Hong Kong bagi mencari pekerjaan.

Apabila Bacani berusia 19 tahun, dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji di Hong Kong dengan tujuan untuk menyara pembelajaran adik lelakinya.

Setiap hari, Bacani akan bangun seawal 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan, membersihkan rumah dan menjaga anak-anak majikannya.

“Sebaik sahaja saya tiba di Hong Kong, saya berasa amat kagum. Setiap sudut bandar ini sangat meriah dan dipenuhi dengan cahaya. Jika dibandingkan dengan kampung halaman saya, Hong Kong pastinya lebih maju”.

Kira-kira lima tahun lalu, Bacani telah meminjam duit daripada majikannya untuk membeli sebuah kamera Nikon D90. Sejak itu, beliau mula gemar mengambil gambar. Dengan ini, Bacani dapat menghilangkan kebosanan dan kerinduan pada kampung halamannya.

Walaupun tiada sebarang pengalaman dan kemahiran dalam bidang fotografi, Bacani mengambil gambar-gambar tersebut mengikut kata hati. Minatnya terhadap masyarakat kelas bawahan di Hong Kong membolehkan Bacani mendapat hasil gambar yang sangat unik.

Kini, Bacani bukan hanya bergantung kepada pekerjaan sebagai orang gaji untuk mendapatkan nafkah. Dia kini mengembara ke banyak negara seperti Hong Kong, Filipina, Jepun dan New York bagi mengadakan pameran fotografi.

Pada Mei 2015, Bacani telah berhenti bekerja sebagai orang gaji dan atas galakan daripada majikannya sendiri, Bacani mengambil keputusan untuk terus mengejar impiannya. Dia telah pergi ke New York dan menjadi salah seorang daripada tujuh pemenang tajaan Pertubuhan Hak Manusia Magnum.

Berikutan itu, Bacani berjaya memperoleh peluang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Kesenian Universiti New York.

“Saya ingin belajar dan memahiri bidang fotografi jika mahu menjadi jurugambar yang lebih baik”.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan ibu bapanya, mereka ternyata amat berbangga dengan pencapaian dan kejayaan anak sulung mereka.

Ternyata pengalaman tidak mampu untuk menentukan takdir hidup seseorang tetapi untuk mengejar impian, ianya adalah sesuatu yang pasti mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

Sumber: PTT01

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds