Aneh, INSPIRASI, KESIHATAN, VIDEO

Wanita sihat ini mahu hidup lumpuh selamanya sehingga sanggup meminta doktor memotong saraf kaki

Wanita sihat ini mahu hidup lumpuh selamanya sehingga sanggup meminta doktor memotong saraf kaki

Chloe-Jennings White merupakan seorang manusia dengan fizikal yang sempurna namun disebabkan beliau mengalami gangguan yang jarang berlaku, Chloe memutuskan untuk melumpuhkan kakinya dan kekal hidup sebagai seorang kelainan upaya.

Ahli penyelidikan sains dari Universiti Cambridge ini sudah lama mengimpikan untuk menjadi lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Malah, Chloe turut mengakui sanggup mengambil risiko dan tindakan drastik semata-mata untuk mencederakan kakinya.

Chloe, 58 tahun dari Salt Lake City, Utah dikatakan mengalami satu keadaan yang jarang berlaku. Gangguan Integriti Identiti Badan atau Body Integrity Identity Disorder (BIID) ini akan menyebabkan pesakit tidak mahu menerima sebahagian daripada anggota tubuhnya dan mahu menjadi lumpuh.

Segelintir pakar percaya punca kepada masalah ini adalah daripada gangguan saraf otak di mana sistem otak tidak boleh melihat sebahagian daripada anggota badan.

Bertahun-tahun lamanya Chloe akan membalut kakinya sendiri secara rahsia bagi mengurangkan pergerakan kaki. Namun kini, Chloe mampu hidup lebih tenang dengan keadaannya yang lumpuh. Malah, dia juga tidak kisah dengan cacian, hinaan dan ugutan siber yang diberikan kepadanya.

Tambah Chloe lagi, dia sentiasa menyertai pelbagai jenis sukan yang lasak dan gemar memanjat pokok sebagai salah satu cubaan untuk mencederakan kakinya.

“Saya hanya mahu kaki saya berhenti berfungsi tetapi kesannya boleh menyebabkan leher saya patah ataupun mati.”

Apabila meningkat dewasa, Chloe mula menceburkan diri dalam sukan luncur salji dan pernah terlibat dalam kemalangan kereta semata-mata kerana mahu impiannya untuk lumpuh menjadi kenyataan.

“Saya akan meluncur dengan sangat laju dan menyasarkan kepada larian yang paling berbahaya”.

“Apabila saya melakukan aktiviti yang memberi peluang untuk menjadi lumpuh, saya akan berasa lebih tenang. Semuanya gara-gara penyakit BIID ini,” tambah Chloe.

Kira-kira lima tahun lalu, Chloe telah disahkan menghidap BIID sekali gus membolehkan dia menarik ‘nafas lega’. Semenjak itu, doktor menasihati Chloe untuk menggunakan kerusi roda dan alat pendakap kaki yang membantu mengehadkan pergerakan kakinya.

“Saya bukan manusia aneh – terdapat ratusan orang seperti saya” katanya.

Walaupun begitu, kecenderungan Chloe untuk mencederakan kakinya masih tidak berkurangan. Malah, Chloe sendiri mengakui bahawa kadangkala dia akan berimaginasi tentang cara-cara untuk terlibat di dalam kemalangan.

Pada tahun 2009, Chloe pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang agak parah. Akibat kemalangan tersebut, Chloe mengalami hilang ingatan jangka pendek. Jadi, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku 15 minit sebelum insiden tersebut menimpa.

Menurut laporan polis, kemalangan tersebut bukanlah sesuatu yang disengajakan sebaliknya berpunca daripada kebimbangan Chloe yang secara tidak sedar lantas memutuskan untuk ianya berlaku.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, Chloe juga pernah mencadangkan seorang pakar bedah untuk memotong saraf siatik (urat di antara bahagian pinggul dan paha) dengan tujuan untuk melumpuhkannya. Namun begitu, kos pembedahan tersebut adalah amat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Chloe.

“Saya mungkin tidak akan pernah mampu untuk menanggung kos pembedahan tersebut tetapi di lubuk hati ini, saya yakin bahawa saya tidak akan menyesal sekiranya saya boleh melakukannya”.

Chloe turut menjelaskan bahawa, “Sesuatu di dalam otak saya memberitahu bahawa kaki ini tidak sepatutnya berfungsi. Dapat merasai deria pada kaki ini adalah satu kesalahan”.

Menurut pakar psikiatri yang merawat Chloe iaitu Dr, Mark Malan, “Salah satu kebarangkalian yang boleh dilakukan supaya anggota badannya tidak berfungsi adalah, kita boleh melakukan halangan saraf. Dengan ini, pesakit akan menjadi lumpuh buat sementara waktu dan membolehkan mereka merasai realiti menjadi seseorang yang lumpuh”.

“Ia boleh memberi peluang kepada pesakit BIID untuk mengubah pemikiran mereka jika mereka mahu”.

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...