Harga petrol melambung naik? Tidak jadi masalah, kini ada ciptaan kereta yang hanya menggunakan UDARA untuk bergerak! Azian 30/11/2017 tweet Related Posts Minum kopi bukan memberi tenaga sebaliknya menjadi bertambah sakit. Rahsia terbongkar apabila mesin kopi dibuka 9 tanda pada tubuh badan yang menunjukkan anda telah mengambil gula secara berlebihan Bayi 18 bulan lemas ‘dihempap’ anak patung beruang, ibu ini nekad sedarkan orang ramai tentang bahayanya Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah Vintaj! Rupa buku katalog IKEA daripada tahun 1951 hingga 2000, lihat bagaimana rupa perabot IKEA zaman dahulu Share this on WhatsAppBagi setiap dari kita yang memiliki kenderaan, pasti berdepan dengan masalah harga petrol yang turun naik. Dan apabila berada dalam keadaan ekonomi peribadi yang sedang gawat, contohnya di hujung bulan dan harga petrol sedang naik, kita hanya dapat mengisi petrol kenderaan pada kadar yang sedikit. Mungkin kadangkala berasa sedikit tertekan. Namun begitu, kita perlu membayar untuk mendapatkan keperluan bahan bakar ini walaupun terpaksa mengeluh. Kredit: The Verge Kini rasa tekanan anda itu mungkin ada jalan penyelesaiannya. Terdapat satu ciptaan kenderaan yang tidak memerlukan penggunaan bahan bakar kenderaan, sebaliknya hanya menggunakan udara. Kredit: wikipedia Kenderaan ini dicipta oleh para jurutera dari TATA Motors di India. Kenderaan ini direka dengan rekabentuk comel dan mini dengan dinamakan Airpod. Ia sangat sesuai digunakan di jalan yang sesak dan sempit dengan tidak perlu menggunakan petrol atau apa-apa bahan bakar yang lain. Pengeluar Airpod mendakwa ciptaan kenderaan ini benar-benar bebas pencemaran kerana pengeluaran bahan buangannya hanya berupa udara. Kredit: Hoonable Enjin kenderaan ini dijana dengan menggunakan mesin pneumatik yang menggunakan tenaga udara. Udara yang digunakan sebagai ganti bahan bakar ini diisi ke dalam tangki dengan menggunakan pam eksternal. Udara ditampung di dalam tangki fiber karbon yang ringan dengan kapasiti 80 liter. Tekanan udara di dalam tangki ini berfungsi penting untuk menggerakkan Airpod. Kredit: IEEE Spectrum Rekaan Airpod mempunyai dimensi yang kecil dan comel dengan 2.07 meter panjang, 1.6 meter lebar dan 1.74 meter tinggi. Airpod memiliki 3 tempat duduk, satu di bahagian pemandu dan dua di bahagian penumpang. Namun begitu, Airpod boleh memuatkan sehingga 4 orang di dalamnya dengan bergerak di dalam kelajuan maksima sehingga 60 kilometer sejam. Kredit: OnlyGizmos Pengendalian Airpod juga amat unik dan berbeza. Tempat duduk penumpang tidak mengadap ke hadapan, sebaliknya ke belakang. Tidak seperti kenderaan biasa yang mengemudi menggunakan stering, Airpod menggunakan kawalan ‘joystick’. Kredit: Technabob Kenderaan Airpod adalah hasil penyelidikan dan pembangunan selama beberapa tahun oleh Motor Development International (MDI) India. Bagi penghasilan kenderaan mini ini, satu lesen secara eksklusif telah dikeluarkan oleh TATA India. TATA memberikan komitmen dalam membawa potensi Airpod sebagai kenderaan masa depan untuk digunakan oleh orang ramai yang terbukti menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar. Kredit: Toronto Star Airpod direka dengan rekaan yang unik, canggih dan futuristik. Selain mesra alam kerana hanya menggunakan tekanan udara sebagai ganti bahan bakar, harganya jauh lebih murah berbanding kenderaan biasa. Kenderaan mini ini dikatakan akan dijual dengan harga diantara RM20,000 ke RM40,000 sebuah. Kredit:The Gazette Review Kereta mini Airpod amat comel dan menarik bukan? Jika ia berada di pasaran, adakah anda mahu membelinya? Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:Automobil GAYA HIDUP SAINS & TEKNOLOGI ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Rakaman aliran lava panas selepas berlakunya letusan gunung berapi, anda juga pasti akan berasa bahangnya! Nampak sahaja kurus tapi dalam masa kurang tiga minit wanita ini berjaya habiskan burger keju setinggi ini! Comel dan lucu! Apa agaknya perkara yang dibincangkan dengan anak patung mereka? Bunyinya seperti ada yang penting sahaja… Persembahan silap mata yang buatkan anda tidak akan berkelip menontonnya, sungguh memukau! Semua orang berdebar-debar melihat aksi lelaki yang cuba memegang seekor buaya, tetapi tunggu sehingga kawannya datang, lain pula yang berlaku! Pilihan Editor Minum kopi bukan memberi tenaga sebaliknya menjadi bertambah sakit. Rahsia terbongkar apabila mesin kopi dibuka Mengimbas kembali gaun perkahwinan diraja paling cantik sepanjang 7 dekad Nenek 76 tahun tinggal sendirian di Siberia dan meluncur tasik paling dalam di dunia setiap hari dengan alasan mudah yang menyentuh hati Bayi 18 bulan lemas ‘dihempap’ anak patung beruang, ibu ini nekad sedarkan orang ramai tentang bahayanya Seorang artis seni membawa anda kembali ke zaman lalu, hasil diorama yang realistik yang pasti memukau pandangan anda! Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah 2017-11-30 Azian