Bagi setiap dari kita yang memiliki kenderaan, pasti berdepan dengan masalah harga petrol yang turun naik. Dan apabila berada dalam keadaan ekonomi peribadi yang sedang gawat, contohnya di hujung bulan dan harga petrol sedang naik, kita hanya dapat mengisi petrol kenderaan pada kadar yang sedikit. Mungkin kadangkala berasa sedikit tertekan. Namun begitu, kita perlu membayar untuk mendapatkan keperluan bahan bakar ini walaupun terpaksa mengeluh.

Kredit: The Verge

Kini rasa tekanan anda itu mungkin ada jalan penyelesaiannya. Terdapat satu ciptaan kenderaan yang tidak memerlukan penggunaan bahan bakar kenderaan, sebaliknya hanya menggunakan udara.

Kredit: wikipedia

Kenderaan ini dicipta oleh para jurutera dari TATA Motors di India. Kenderaan ini direka dengan rekabentuk comel dan mini dengan dinamakan Airpod. Ia sangat sesuai digunakan di jalan yang sesak dan sempit dengan tidak perlu menggunakan petrol atau apa-apa bahan bakar yang lain.

Pengeluar Airpod mendakwa ciptaan kenderaan ini benar-benar bebas pencemaran kerana pengeluaran bahan buangannya hanya berupa udara.

Kredit: Hoonable

Enjin kenderaan ini dijana dengan menggunakan mesin pneumatik yang menggunakan tenaga udara. Udara yang digunakan sebagai ganti bahan bakar ini diisi ke dalam tangki dengan menggunakan pam eksternal. Udara ditampung di dalam tangki fiber karbon yang ringan dengan kapasiti 80 liter. Tekanan udara di dalam tangki ini berfungsi penting untuk menggerakkan Airpod.

Kredit: IEEE Spectrum

Rekaan Airpod mempunyai dimensi yang kecil dan comel dengan 2.07 meter panjang, 1.6 meter lebar dan 1.74 meter tinggi. Airpod memiliki 3 tempat duduk, satu di bahagian pemandu dan dua di bahagian penumpang. Namun begitu, Airpod boleh memuatkan sehingga 4 orang di dalamnya dengan bergerak di dalam kelajuan maksima sehingga 60 kilometer sejam.

Kredit: OnlyGizmos

Pengendalian Airpod juga amat unik dan berbeza. Tempat duduk penumpang tidak mengadap ke hadapan, sebaliknya ke belakang. Tidak seperti kenderaan biasa yang mengemudi menggunakan stering, Airpod menggunakan kawalan ‘joystick’.

Kredit: Technabob

Kenderaan Airpod adalah hasil penyelidikan dan pembangunan selama beberapa tahun oleh Motor Development International (MDI) India. Bagi penghasilan kenderaan mini ini, satu lesen secara eksklusif telah dikeluarkan oleh TATA India. TATA memberikan komitmen dalam membawa potensi Airpod sebagai kenderaan masa depan untuk digunakan oleh orang ramai yang terbukti menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar.

Kredit: Toronto Star

Airpod direka dengan rekaan yang unik, canggih dan futuristik. Selain mesra alam kerana hanya menggunakan tekanan udara sebagai ganti bahan bakar, harganya jauh lebih murah berbanding kenderaan biasa. Kenderaan mini ini dikatakan akan dijual dengan harga diantara RM20,000 ke RM40,000 sebuah.

Kredit:The Gazette Review

Kereta mini Airpod amat comel dan menarik bukan? Jika ia berada di pasaran, adakah anda mahu membelinya?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds