INSPIRASI, Kebenaran, Pesona

Seorang ibu dengan penyakit kemurungan melampau, tiba-tiba menerima ‘hadiah’ daripada ibu saudara yang telah mengubah kehidupan masa silamnya

Seorang ibu dengan penyakit kemurungan melampau, tiba-tiba menerima ‘hadiah’ daripada ibu saudara yang telah mengubah kehidupan masa silamnya

Pada usia 17 tahun, kewujudan saya telah dikawal oleh kemurungan. Saya berasa seperti bangkai bernyawa yang telah kehilangan semua sinaran dalam kehidupan. Diri berasa kelam dan masa depan menjadi gelap dengan tidak dapat mencari jalan keluar, dan fikiran ini benar-benar telah menakutkan saya.

Saya selalu menyalahkan diri sendiri dengan mengatakan diri tidak berguna. Pada usia 17 tahun, sepatutnya seorang gadis remaja menjalani kehidupan dengan riang dan indah, tetapi saya telah terperangkap di dalam perangkap kesengsaraan dan berputus asa, sambil menanti kematian.

Zaman kanak-kanak yang huru-hara

Mengimbas kembali masa lampau, emosi saya telah menjadi tidak stabil bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Semasa saya masi kecil lagi, saya telah dihantar untuk tinggal bersama dengan datuk dan nenek kerana ibu bapa saya terpaksa bekerja di wilayah yang jauh. Mereka akan melawat saya satu atau dua kali sahaja dalam setahun.

Walaupun datuk dan nenek amat menyayangi saya, saya tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana merindui dan kehilangan kasih sayang ibu bapa. Nenek saya berkata, semasa saya masih kecil, saya menangis dengan kerap kerana sangat merindui ibu bapa.

Semasa kanak-kanak, saya telah diambil semula oleh ibu bapa, tetapi saya tidak pernah berasa gembira dan selesa berada bersama keluarga sendiri seperti yang saya bayang dan idamkan. Saya selalu melihat ibu bapa bertengkar dan bergaduh serta bermasam muka di antara satu sama lain.

Saya telah dihantui pengalaman pahit kerana berada di tengah konflik antara mereka berdua. Lama kelamaan saya menjadi fobia. Apabila mereka mula bertengkar, saya akan berasa sakit di dalam perut. Saya berasa amat gementar dan tidak boleh berhenti dari memikirkan pertengkaran mereka.

Semasa saya berusia 12 tahun, kedua-dua ibu bapa saya akhirnya telah bercerai dan saya berasa sangat kecewa. Semasa saya berusia 15 tahun, saya mula mengalami insomnia dan masalah mental. Saya telah dibawa ke hospital sakit jiwa dan telah didiagnos dengan penyakit histeria dan paranoia. Saya telah diberi rawatan ubat-ubatan tetapi semuanya tidak berkesan.

Apabila kemurungan menguasai usia remajanya, Nguyen Thi Hang telah meminggirkan diri dari orang lain

Pada usia 17 tahun, masalah kemurungan telah mula menguasai diri. Saya akan duduk di satu sudut dan akan mengelak untuk bercakap dengan sesiapa. Episod kemurungan ini akan berlarutan selama berhari-hari dan lebih kerap sehingga boleh berlarutan selama 12 hari. Apabila penyakit ini sampai, saya akan hanya terbaring di katil dengan mata yang berlinangan air mata, sambil bersikap tidak mempedulikan segala-galanya dan menjadi terpaku dengan perasaan.

Saya tidak mahu melakukan apa-apa, walaupun saya boleh melakukan sesuatu. Saya membiarkan diri berada di dalam kegelapan tanpa mencari jalan keluar. Saya menyalahkan diri sendiri dan benar-benar mahu diri ini ditamatkan.

Menemui cinta yang membawa sinaran cahaya, tetapi tidak kekal lama

Saya menemui suami seperti yang telah ditakdirkan. Pada satu hari, saya telah kehilangan kad pengenalan dan beliau telah menjumpainya. Suami saya mengalami masa yang sukar untuk memulangkan kad pengenalan tersebut kepada saya. Pada kali pertama saya berkenalan dengannya, saya merasa beliau seorang yang baik dan stabil. Suami saya mempunyai pekerjaan yang baik, juga sangat baik hati dan bertimbangrasa.

Kami mula berjanji temu dan beliau telah melamar saya untuk menjadi isterinya. Walaupun saya dikatakan gadis tercantik di kampung, saya merasa terkejut bagaimana lelaki baik sepertinya mahu mengahwini saya. Dengan penyakit kemurungan saya yang teruk , saya selalu ditolak orang lain, baik oleh syarikat apabila saya memohon kerja, sebarang lelaki mahupun ahli keluarga saya sendiri.

Tetapi suami saya seorang yang sangat berbeza. Beliau tahu dengan penyakit kemurungan, saya tidak boleh hidup dengan kehidupan yang normal, tetapi beliau tetap mahu mengahwini saya. Dengan sokongan yang diberikan, ia telah memberi saya motivasi untuk melawan penyakit kemurungan ini.

Saya berfikir, suami saya adalah hadiah yang dikurniakan oleh Tuhan, sebagai pampasan kehidupan saya yang sengsara. Dengan lebih menyayanginya, saya bertekad untuk menjadi sihat serta menjadi isteri dan ibu yang baik. Namun, segalanya menjadi seperti lorong mimpi apabila penyakit kemurungan datang menyerang. Apabila ia datang, saya akan kehilangan tujuan dan kesedaran.

Saya akan menutup segala ruang dan menjadi tidak berperasaan. Sehingga apabila anak perempuan saya sedang menangis tanpa henti, saya berasa mahu menjauhkan diri dan tidak mahu bertindak atau berganjak.

Kemurungan telah membuat Nguyen Thi Hang kehilangan kehidupan, dengan tidak mampu melakukan kerja rumah yang mudah dan menjaga anak sendiri

Jika tidak kerana sokongan dan dorongan dari suami saya pada waktu itu, rasanya saya tidak wujud lagi di dunia ini. Walau bagaimanapun, dengan rasa syukur suami berada di sisi, saya tahu beliau tidak dapat memulihkan saya. Dan jalan penyelesaian ini akan didedahkan.

Satu titik permulaan

Pada satu hari, sedang saya mengalami episod kemurungan dengan teruk, ibu saudara saya telah datang melawat. Semasa kami sedang berbual, beliau telah bercakap mengenai satu amalan meditasi Cina dikenali sebagai Falun Dafa atau Falun Gong, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal.

Ibu saudara saya telah memberitahu, saya boleh mengamalkan latihan senaman ala qigong dalam Falun Dafa dan akan dapat memperbaiki tingkah laku dan peribadi dengan mengamalkan prinsip Sejati, Baik dan Sabar, dan penyakit kemurungan saya akan hilang. Katanya, Falun Dafa adalah satu amalan penanaman diri pada tahap tertinggi dalam ajaran Buddha. Ia adalah amalan tradisional masyarakat Cina yang telah diamalkan sejak zaman purbakala untuk mencari nilai di dalam diri.

Apabila mendengar penjelasannya, saya telah ketawa kerana saya tidak mempercayainya. Saya berfikir jika perubatan moden telah gagal mengubati saya, inikan pula perkara yang seperti ini. Saya melihat amalan Buddha lain melibatkan upacara ritual yang memerlukan seseorang mengeluarkan wang tetapi tidak memberi apa-apa kesan.

Pada fikiran saya, apa yang dikatakan ibu saudara saya itu, juga sama seperti akitiviti kepercayaan karut. Saya juga tidak mempunyai tanggapan yang baik kepada ibu saudara saya kerana ahli saudara yang lain mengatakan yang beliau seorang yang cerewet dan sangat sukar didekati.

Tetapi selepas seminggu beliau berada di rumah kami, saya mendapati sikapnya amat berlainan dari yang digambarkan. Beliau bersifat lembut dan bertimbangrasa serta sentiasa membantu dengan memikirkan orang lain. Tidak seperti yang dikatakan orang, saya berasa boleh meluahkan perasaan kepadanya. Dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya mengapa ramai orang bercakap tentang perkara yang tidak baik mengenai dirinya.

Ibu saudara saya memberitahu, pada masa lampau, sememangnya beliau amat panas baran dan suka mencari masalah dengan orang lain, kerana beliau bekerja sebagai seorang broker yang berurusan dengan pinjaman berbunga tinggi. Tetapi selepas beliau mula mengamalkan latihan Falun Dafa, beliau telah berhenti dari pekerjaan tersebut. Menurutnya, pekerjaan itu tidak bersesuaian dengan prinsip Falun Dafa kerana beliau telah menyakitkan hati ramai orang dengan memaksa mereka menjadi muflis.

Melalui amalan Falun Dafa, ibu saudara saya telah mempelajari bagaimana untuk berasa belas kasihan apabila berada di dalam pertikaian dan persaingan, tanpa bertindak secara agresif terhadap seseorang yang lain.

Tingkah laku ibu saudara saya telah mengejutkan semua ahli keluarga saya termasuk dirinya sendiri. Selepas mengikuti latihan meditasi dengan mengikuti kelas dan ajarannya, semua penyakitnya seperti sinus, sakit di tengkuk dan penyakit tulang belakangnya telah hilang. Dengan sebab itu, ibu saudara saya telah mengesyorkan amalan ini kepada saya kerana ia telah memberi manfaat yang besar kepada dirinya. Saya berasa amat tersentuh apabila mendengar kisahnya.

Dari kesengsaraan kepada kebahagiaan

Dengan berasa tertarik dengan pengalaman yang dialami oleh ibu saudara, saya telah mengambil keputusan untuk membaca buku “Zhuan Falun” iaitu ajaran utama dalam Falun Dafa.

Pada mulanya, saya berasa keberatan untuk mempercayai yang penyakit mental saya boleh diubati, tetapi saya tetap mencuba untuk meneruskan amalan ini kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu saudara saya. Saya tahu, tiada apa yang merugikan apabila membaca buku ini.

Pada mulanya, saya berasa keberatan untuk mempercayai yang penyakit mental saya boleh diubati, tetapi saya tetap mencuba untuk meneruskan amalan ini kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu saudara saya. Saya tahu, tiada apa yang merugikan apabila membaca buku ini.

Membaca “Zhuan Falun”

Pada mulanya, saya tidak berapa memahami kandungan buku ini, tetapi lama-kelamaan saya menjadi begitu tertarik dengan prinsip penanaman diri. Buku ini menerangkan segala-galanya mengenai kehidupan dan alam semesta. Saya membacanya dari hari ke hari, sehingga perasaan ini berasa tenang, aman dan gembira. Tidak seperti diri saya sebelum ini. Kemudian pada satu malam, sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. Saya tidak dapat tidur, jadi saya telah membaca “Zhuan Falun”. Tiba-tiba, otak saya merasai untuk ‘bangkit’ dan saya mempunyai perasaan segera untuk melakukan kerja rumah.

Perasaan ini datang tanpa diduga. Selama bertahun-tahun mengalami kemurungan, saya tidak berupaya untuk melakukan kerja rumah. Tetapi pada malam tersebut, saya telah bangun dan melakukan kerja rumah. Pada malam itu, saya telah menangis kegembiraan.

Nampaknya masalah kemurungan saya telah memulakan pergerakan untuk pergi. Sudah tiba masanya, saya menjadi seorang yang lain apabila telah dibebaskan dari penjara mental, fizikal dan spiritual. Apabila dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan normal, ia telah membawa kegembiraan kepada jiwa ini. Saya mula menyukai, menghormati dan mempercayai diri sendiri serta mahukan kehidupan yang baik dan bermakna. Daripada berterusan memikirkan untuk mengakhiri hayat, saya membayangkan masa depan dengan fikiran yang baik, kasih sayang dan kebahagiaan, iaitu satu perkara yang dirasakan amat mustahil untuk saya capai sebelum ini.

Secara berterusan, saya mengamalkan latihan ini. Saya menyedari dengan menyerapkan prinsip Sejati, Baik dan Sabar seperti mana yang diterangkan dalam “Zhuan Falun”, ia menjadi kunci untuk menjadi insan yang baik. Untuk menjadi sihat secara dalaman dan luaran sehingga dapat mencapai sinaran kebahagiaan spiritual pada tahap tertinggi.

Nguyen Thi Hang mengamalkan “Falun Standing Stance”, latihan senaman kedua Falun Gong

Mempelajari dari kekurangan diri

Ada masanya, timbul sikap negatif seperti marah, cemburu dan tamak yang akan datang dan membawa kemurungan kepada diri saya, tetapi tidak sekuat dahulu. Apabila saya melihat dan mendalami ajaran Falun Dafa, saya menyedari kesilapan diri sendiri dan bangkit untuk memperbaikinya, dan kemurungan ini akan hilang dalam beberapa hari. Ini merupakan sebahagian dari proses penanaman diri dalam kehidupan setiap hari, yang mana telah memperbaiki dan menambah baik sifat diri dan tingkah laku apabila saya berhadapan dengan konflik dan kesusahan.

Pernah pada satu ketika, saya telah bertengkar dengan suami dan menjerit kepada anak saya. Saya berasa sangat malu apabila mengingati dan mengamalkan prinsip di dalam Falun Dafa. Marah itu datangnya dari bahagian gelap di dalam sifat seseorang dan sikap ini menjadi batu penghalang untuk mencari diri yang sebenar, iaitu sikap belas kasihan dan toleransi. Pada mulanya, saya tidak dapat mengenalpasti dan membuang puncanya, atau menunjukkan sifat kesabaran dan belas kasihan kepada suami dan anak-anak. Saya sering mementingkan diri sendiri.

Selepas bertengkar, kemurungan itu akan muncul dan menyeksa diri saya selama beberapa hari. Saya berasa seperti berada di dalam keadaan yang kaku dan membeku. Tetapi kemudian saya bertekad untuk membuang segala kemarahan dan emosi yang bersifat negatif. Dengan itu, saya akan menjadi tenang dan damai. Ia adalah satu pengalaman yang memberi kesan mendalam, dan peluang diberikan kepada saya untuk membuang segala tabiat buruk yang sudah lama berada di dalam diri.

Nguyen Thi Hang berlatih Falun Gong dalam posisi meditasi secara duduk

Saya berasa amat bersyukur kerana telah menemui Falun Dafa, yang telah membantu memulihkan kesihatan mental dan mendapat kembali diri sendiri yang sebenar, dari terus terperangkap dengan kepentingan diri sendiri dan kemarahan.

Keluarga bahagia

Falun Dafa juga telah memberi manfaat kepada tiga orang anak saya. Kesemua mereka berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan mental. Kesemua anak saya berkelakuan baik dan menurut kata. Mereka juga mendengar ajaran di kelas dan melakukan latihan senaman bersama saya setiap hari. Keluarga kami kini berada dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Nguyen Thi Hang, sebelum dan selepas pulih dari kemurungan melampau

Ramai yang tidak mempercayai bahawa saya adalah ibu kepada tiga orang anak. Mereka berkata, saya nampak terlalu muda. Saya tidak berbangga apabila mendengar pujian ini, sebaliknya saya berasa gembira dan amat bertuah dengan kesenangan yang saya perolehi dan diberikan peluang kedua untuk hidup.

Apabila saya memikirkan masa silam saya yang sentiasa kemurungan serta mahu menamatkan kehidupan, kini saya merasakan ia seperti mimpi yang sudah lama pergi dengan jauh.

Saya amat terhutang budi dan berterima kasih dengan sokongan serta dorongan ibu saudara yang memperkenalkan amalan yang sangat hebat ini. Penanaman sikap diri di dalam Falun Dafa telah memberi saya kesihatan yang baik dan kebahagiaan sebenar.

Falun Dafa bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa saya tetapi ia juga telah memberi kebahagiaan spiritual secara menyeluruh, yang mana telah menunjukkan saya makna kehidupan, lalu telah membolehkan saya berasa bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Kredit imej: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...