Ekonomi, NASIONAL

Kenaikan gaji sebanyak 20% hingga 30% dalam 3 sektor pekerjaan pada tahun hadapan

Kenaikan gaji sebanyak 20% hingga 30% dalam 3 sektor pekerjaan pada tahun hadapan

KUALA LUMPUR – Berita baik! Terdapat kenaikan gaji bagi pekerja di dalam tiga sektor ini – sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, sektor kejuruteraan dan sektor undang-undang dan pematuhan. Ia melibatkan sebanyak 20% hingga 25% pada tahun 2018, menurut kaji selidik yang telah dijalankan oleh agensi pekerjaan Robert Walters Malaysia.  

Sementara itu, sektor IT dijangka akan berkembang pada tahun hadapan dengan kenaikan gaji sebanyak 20% hingga 30%!

Kredit: Maybank

“Perkongsian perkhidmatan dijangka akan berkembang, dan menghasilkan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja dalam sektor kewangan dan perakaunan, IT, rantaian bekalan dan perolehan”, jelas Sally Raj selaku pengarah urusan Robert Walters Malaysia.

Kredit: Uniting Ambition

Syarikat itu menambah bahawa lebih banyak syarikat akan memulakan program transformasi digital untuk memacu aliran pendapatan. Ini akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk pereka UI / UX, pereka web dan pengurus projek digital. 

Calon yang mempunyai potensi diri yang tinggi dan kemahiran dijangkakan akan menerima kenaikan gaji sebanyak 20% hingga 30% apabila mereka berpindah tempat kerja, yang biasanya hanya sebanyak 15% hingga 20% sahaja sebelum ini.

Kredit: Quintiq Careers

Aktiviti pengambilan pekerja akan terus menjadi aktif pada tahun depan berikutan dengan pertumbuhan berterusan e-dagang, digitalisasi, perkhidmatan perkongsian dan pengoptimuman organisasi yang lebih baik.

Kini pada edisi kesembilan belas, kaji selidik itu berdasarkan analisis penempatan tetap, interim dan kontrak yang dibuat di seluruh geografi dan disiplin pengambilan yang berbeza pada tahun 2017, dan ramalan untuk tahun yang akan datang.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...