NASIONAL, Pendidikan

Kementerian Pendidikan cadang hantar pelajar yang terlibat dalam kes buli menjalani latihan bersama ATM dan PDRM

Kementerian Pendidikan cadang hantar pelajar yang terlibat dalam kes buli menjalani latihan bersama ATM dan PDRM

KUALA LUMPUR – Mana-mana pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin terutamanya kes buli di sekolah akan dihantar menjalani latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laporan oleh BH Online menyebut kenyataan daripada Timbalan Menteri Pendidikan Kedua iaitu Datuk Chong Sin Woon berkata mana-mana pelajar yang terlibat dalam kesalahan disiplin akan menjalani latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan.

Tambah beliau lagi, pelajar yang sering terbabit dalam isu disiplin turut akan dihantar menjalani latihan intensif sebagai salah satu usaha kementerian dalam mencegah gejala buli yang semakin menular di sekolah.

Datuk Chong Sin Woon turut menyatakan bahawa kementerian telah melaksanakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) bagi menangani masalah disiplin pelajar secara lebih berfokus termasuk bersama ATM dan PDRM.

Kredit: 1malaysia

“Murid yang terbabit dalam salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan menggembling kepakaran serta kemahiran anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan aktivitinya”.

Beliau yang mengemukakan kenyataan berkenaan ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat menyebut, “Kita juga menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah, mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah dengan kerjasama polis serta mengadakan permuafakatan bersama ibu bapa, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi menangani isu ini”.

Sebelum ini, beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua 402 buah sekolah yang disenaraikan mempunyai masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah. Terdapat beberapa buah sekolah yang tersenarai kerana sekolah berkenaan terletak di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlaku jenayah.

Kredit: NST

“Penyenaraian itu membolehkan kementerian memberi lebih perhatian kepada mereka”.

Bagi menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) mengenai langkah dan tindakan kementerian melalui NBOS bagi menangani kes buli, Sin Woon memaklumkan bahawa tanggungjawab harus dimainkan oleh guru kaunseling sekolah dengan menjalankan beberapa ujian personaliti terhadap pelajar.

Kredit: The Star

“Guru bimbingan kaunseling di sekolah menjalankan beberapa ujian personaliti seperti ujian personaliti TAJMA dan ujian personaliti Sidek bagi mengenalpasti pelajar yang memiliki personaliti cenderung kepada keganasan dan buli”.

Ujar Sin Woon lagi, jika pembuli merupakan pelajar yang berada di bawah lingkungan umur 16 tahun dan telah melakukan sesuatu yang serius seperti membabitkan nyawa dan kecederaan parah, kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak polis dan pelajar boleh dikenakan tindakan oleh mahkamah juvana.

Kredit: therakyatpost

Apa pandangan anda mengenai pendekatan yang diambil oleh kementerian dalam membendung gejala buli di sekolah? Bincangkannya di ruangan komen.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL Pendidikan

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...