NASIONAL

Mulai tahun 2018, semua rumah perlu menjalani pemeriksaan pendawaian elektrik

Mulai tahun 2018, semua rumah perlu menjalani pemeriksaan pendawaian elektrik

KUALA LUMPUR – Terdapat pindaan pada Peraturan Elektrik 1994 di mana kesemua rumah di Malaysia perlu menjalani pemeriksaan pendawaian setiap 10 tahun, bermula pada tahun hadapan.

Kredit: TL Frontings Construction Sdn. Bhd. (Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Menurut laporan daripada Bernama, Ketua Suruhanjaya Tenaga dan Pembangunan Keselamatan Elektrik iaitu Iffah Hannah Muluk telah membuat pengumuman mengenainya dalam perbincangan keselamatan di Schneider Electrics pada 27 November lalu.

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai peraturan seperti itu. Oleh sebab ramai orang tidak mempunyai kesedaran yang tinggi akan keselamatan pendawaian, maka mereka amat jarang memeriksa sistem pendawaian elektrik di rumah sehingga berlaku insiden yang tidak diingini. Isu berkenaan ini dikemukakan ekoran kenaikan bilangan kes kebakaran di negara kita,” jelasnya.

Bilangan kes kebakaran kian meningkat di Malaysia. Pada tahun 2017 sahaja, 49 kes direkodkan dan separuh daripadanya menyebabkan kematian

Kredit: IFEA (Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Presiden Persatuan Elektrik dan Elektronik, Chew Shee Fuee berkata kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah pada tahap yang rendah. Apa yang menyedihkan lagi, ramai juga yang tidak tahu bahawa tubuh manusia sebenarnya berupaya mengalirkan tenaga elektrik.

“Orang ramai pada hari ini fikir semuanya boleh dilakukan sendiri atau Do It Yourself (DIY). Mereka lihat menerusi internet dan cuba melakukan sendiri tanpa memiliki pengetahuan yang cukup. Ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran”, kata Chew. 

Chew turut mendedahkan bahawa lambakan peralatan elektrik tiruan dan tidak mendapat kelulusan menyumbang kepada kenaikan kes kebakaran. Contohnya, kabel pengecas telefon bimbit tiruan yang berpotensi mengalami kebocoran elektrik lalu mencetuskan kebakaran.

Kredit: London Fire Brigade (Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada. Jika terjadi sesuatu insiden yang tidak diingini melibatkan alatan seperti ini, kilang yang membekalkannya tidak dapat dikesan. Untuk keselamatan, gunakan alatan yang telah diluluskan sahaja.

Chew turut menyentuh akan penggunaan wayar sambungan untuk alatan elektrik bervoltan tinggi. Jangan gunakan wayar tersebut untuk kegunaan peti sejuk dan ketuhar. Sebaliknya, tanggalkan semua plag alatan elektrik jika tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko berlakunya kebakaran.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, diketuai oleh Azmi Osman, hasil laporan siasatan mendapati bahawa kebanyakan insiden kebakaran berlaku kerana litar pintas.

“Tahun ini sahaja, seramai 14 mangsa meninggal dunia di Selangor kerana kebakaran. Ia merupakan peningkatan drastik berbanding dengan tahun lalu. Laporan juga mendedahkan bahawa kebanyakan kes kebakaran berlaku pada premis yang telah menginjak usia 15 tahun, malahan ada juga yang melebihi 20 tahun.

“Walaupun kos pemeriksaan agak tinggi, tetapi ia tidak dapat menandingi kehilangan nyawa disebabkan kebakaran”, akhiri Azmi.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...