Remaja lelaki ini pasti tidak akan digantung lagi pada masa akan datang setelah menerima hukuman daripada ibunya. Hal ini kerana remaja berkenaan ditawarkan untuk berkhidmat kepada komuniti secara percuma oleh ibunya selama 3 hari.

Demetris Payne dari Shreveport, Louisiana, tahu apa yang patut dilakukannya terhadap anak lelakinya yang berusia 13 tahun, Jadarien, yang telah digantung persekolahan kerana berkelakuan agak kurang ajar kepada gurunya.

©Facebook | Demetris Payne

Ibu itu pada mulanya mengambil semula telefon bimbit dan permainan video milik anaknya, kemudian menyebarkan tentang kes anaknya yang telah digantung persekolahan pada laman Facebook ‘South Bossier Online Yard’ yang disertakan dengan komen genius, di mana ia telah menerima banyak respon daripada pengguna.

“Anak saya telah digantung sekolah untuk tiga hari kerana masalah disiplin”. Dia akan memotong rumput dan membersihkan laman anda, mengangkut sampah anda dan membasuh kereta anda secara percuma selama 3 jam (maksimum). Jika ada sesiapa yang ingin mendermakan penyapu, ia agak baik juga. Semuanya dilakukan oleh anak saya secara percuma,” tambahnya.

©Facebook | Demetris Payne

Selepas memuat naik kenyataan itu, Payne menerima banyak respon dan temu janji yang memaksanya menyediakan jadual untuk anaknya.

©Facebook | Demetris Payne

“Jadualnya telah penuh untuk hujung minggu ini. Jadi, kita sambung pada hujung minggu hadapan. Saya telah menerima banyak permintaan menyebabkan saya terpaksa membuat jadual. Dua halaman untuk sehari membuatkan anaknya perlu menyiapkannya sehingga hari gelap.”

Selepas anaknya menjalani tempoh khidmat komuniti tersebut, Payne ada juga melaporkan perkembangan anaknya dengan berkongsi video anaknya menyapu halaman rumah, dan diikuti dengan beberapa gambar.

“Halaman pertama siap”, tulisnya dengan beberapa emoji. “Dia ingat saya bergurau agaknya.”

©Facebook | Demetris Payne

“Dia menyapu halaman kedua pula. Teruskan, awak melakukan kerja dengan baik”.

Payne menemani anaknya dan berterusan menaikkan semangatnya kerana telah melakukan tugasan dengan baik. Dia akhirnya berjaya membersihkan sebanyak 8 buah rumah.

©Facebook | Demetris Payne

Selepas berbakti kepada komuniti, ibunya menyuruhnya membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.

“Kami menjelaskan kepadanya bahawa kerja-kerja itu bukanlah kerana ingin menghukum tetapi untuk mendidiknya suapaya  berdisiplin. Tidak kiralah jika seseorang guru itu salah ataupun tidak, anak murid perlu sentiasa menghormati guru dan orang dewasa,” jelas Payne.

Payne juga ada memuat naik gambar anaknya kembali ke sekolah. Ramai guru dan rakannya telah mengetahui aktivitinya selama 3 hari tempoh digantung persekolahan berkenaan menerusi Facebook.

©Facebook | Demetris Payne

“Lihat siapa yang telah kembali ke sekolah. Saya telah mengadakan perbincangan dengan semua gurunya dan telah menyediakan pelan agar dia mengekalkan momentumnya dalam pelajaran,” tulis Payne.

Ibu ini telah menerima pujian oleh ramai pengguna internet kerana mendisiplinkan dan mendidik anaknya dengan cara yang tegas dan berkesan.

Pengguna lain juga meninggalkan komen seperti: Kami memerlukan ibu-ibu seperti anda! Saya sukakan cara anda dan masa yang anda korbankan demi menemani anak anda melaksanakan khidmat komuniti.”

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds