GAYA HIDUP, Keluarga, KESIHATAN

Kerana tersalah pilih saiz kasut, si comel ini menderita dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat segera

Kerana tersalah pilih saiz kasut, si comel ini menderita dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat segera

Setiap ibu bapa pasti teruja untuk membelikan pakaian buat anak-anak mereka lebih-lebih lagi ketika anak masih kecil lagi. Pelbagai fesyen terkini yang membuatkan ibu bapa tidak sabar melihat jika anak mereka yang memakai pakaian tersebut.

Tetapi ada juga ibu bapa yang tersalah pilih saiz pakaian dan kasut anak-anak dan ia tidak sesuai dipakai oleh anak-anak. Bukan itu sahaja, tanpa disedari ketidaksesuaian itu telah mendatangkan mudarat kepada anak-anak dan inilah yang terjadi kepada Puan Dai. Ikuti kisahnya ini…

Puan Dai mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun. Dia memang suka membelikan pakaian untuk anaknya itu tetapi silapnya dia sering membeli pakaian atau kasut yang bersaiz lebih besar daripada tubuh anaknya. Hal ini kerana, menurutnya anak-anak pada masa kini lebih cepat membesar. Oleh itu, dia membeli pakaian yang bersaiz besar supaya pakaian itu dapat dipakai dalam waktu lebih lama.

Sehinggalah pada suatu hari, anaknya mula mengeluh dan mengadu bahawa kakinya gatal. Apabila dia melihat kaki anaknya, dia mendapati kaki si comel itu bengkok lalu dia pun segera membawa anaknya berjumpa dengan doktor. Selepas diperiksa oleh doktor, Puan Dai benar-benar terkejut kerana doktor memberitahunya kaki anaknya mula berubah bentuk dan mesti dirawat segera. Jika tidak, ia akan lebih memudaratkan kaki anaknya pada masa hadapan.

Doktor melihat kasut yang dipakai oleh anak Puan Dai dan mengatakan anak seusia itu tidak sesuai memakai kasut kulit. Ini kerana, bahan kasut itu diperbuat daripada bahan yang sangat keras. Apabila dipakai oleh anak-anak sekecil itu, kasut itu akan menyebabkan kakinya melecet dan disebabkan tiada pengudaraan yang baik dalam kasut tersebut, bakteria lebih mudah membiak dan menyebabkan infeksi berlaku.

Selain itu, saiz kasut yang lebih besar juga adalah punca mengapa bentuk kaki anaknya berubah. Apabila anak-anak memakai kasut yang lebih bersaiz besar, dia akan berjalan dengan cara menyeret supaya kasut tersebut tidak tercicir.  Jika hal ini berterusan, sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan kaki si comel malah lebih malang lagi pertumbuhan badannya turut terbantut.

Oleh itu, sebelum anda membeli kasut untuk anak-anak, anda seharusnya mencubanya sendiri pada kaki mereka. Jangan membeli kasut yang terlalu longgar atau terlalu ketat.

Berikut adalah pemilihan kasut yang betul untuk anak-anak:

A. Terdiri daripada bahan yang selamat

Pastikan anda mengetahui apakah bahan yang terkandung dalam pembuatan kasut tersebut. Pada masa kini, memang banyak kasut diperbuat daripada bahan berbahaya seperti benzena dan kromium heksavalen iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan kerosakan pada hati, ginjal dan retina mata.

B. Saiz dan bentuk kasut mestilah bersesuaian dengan kaki anak anda

Pastikan kasut yang dipilih mempunyai sedikit ruang pada hujung kaki. Pilih kasut yang bahagian dalamnya dibuat daripada bahan yang lembut dan mempunyai tapak tebal supaya anak-anak tidak cepat penat berjalan. Hindari kasut yang berat dan tinggi kerana anak-anak ini belum lagi dapat mengimbangi badannya dengan baik.

C. Kasut hendaklah selesa dipakai oleh anak anda

Menurut pakar, kasut yang selesa dipakai ialah dibuat daripada bahan yang mudah lentur dan lembut. Kasut tersebut mestilah tidak menghalangi pergelangan kaki dan anak-anak dapat berjalan atau berlari dengan bebas. Selain itu, elakkan membeli kasut yang mempunyai hujung yang tirus.

Semoga kisah Puan Dai ini menjadi pengajaran buat semua terutamanya ibu bapa. Jangan disebabkan mahu berjimat, anak-anak pula yang mendapat mudaratnya.

Sumber: Happy

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...