INSPIRASI, Pesona, Ria

Kegembiraan berganda! Tahu isteri hamil kembar tetapi selepas melihat imbasan sonogram, suaminya hampir ‘pengsan’ kerana tidak percaya apa yang dilihatnya!

Kegembiraan berganda! Tahu isteri hamil kembar tetapi selepas melihat imbasan sonogram, suaminya hampir ‘pengsan’ kerana tidak percaya apa yang dilihatnya!

Menjadi ibu dan bapa adalah sebuah impian terindah buat pasangan yang berkahwin. Ada yang mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang besar, ramai anak yang boleh menghidupkan keceriaan di rumah.

Seperti pasangan lain, pasangan suami ini begitu teruja apabila mendapat berita bahawa mereka akan menerima kehadiran ahli baru. Walaupun sudah memiliki tiga orang anak lelaki yang juga dua orang kembar, mereka tidak sangka bahawa sekali lagi mereka akan menerima kehadiran kembar dalam keluarga mereka!

Nia dan Robert Tolbert dari Waldorf, Maryland, dikurniakan anak pertama, Shai, 6, pada tahun 2011. Empat tahun kemudian, Nia melahirkan sepasang kembar lelaki, Riley dan Alexander pada tahun 2015. Pasangan itu pada asalnya menyangka mereka tidak akan mendapat anak lagi, tetapi pada bulan Ogos, tanpa diduga, Nia disahkan hamil lagi.

© Facebook |  Nia Tolbert

“Berita itu sebenarnya agak mengejutkan,” kata Nia, 28, kepada PEOPLE. “Robert dan saya selalu bergurau untuk mempunyai keluarga besar, tetapi kami tidak merancang untuk saya hamil lagi lagi selepas saya melahirkan sepasang kembar.”

© Facebook |  Nia Tolbert

“Semasa ultrasound rutin saya, juruteknik saya mula membayangkan bahawa mungkin sedang hamil lebih daripada seorang bayi,” katanya.

Dia kemudian diberitahu bahawa terdapat tiga orang bayi yang sedang membesar dalam perutnya. Dia sangat terkejut menerima berita itu, tidak sangka dia akan menerima tiga orang kembar dalam masa yang sama!

© Facebook Video | WUSA 9

Kini mereka benar-benar akan memiliki sebuah keluarga yang besar. Nia berkongsi berita itu dengan suaminya dengan memberikannya beg hadiah, yang terdapat kad tulisan tangan bersama dengan foto-foto sonogram di dalamnya.

Kad itu berbunyi: “Terimalah hadiah ini daripada saya dan Tuhan.”

© Facebook Video |WUSA 9

“Saya membuka beg itu dan saya melihat sonogram yang sangat panjang,” kata Robert Tolbert, 31,. “Kemudian saya melihat tiga orang gambaran bayi dalam beg … dan mereka bernombor 1, 2, dan 3.”

Bapa ini berkata dia hampir “pengsan” selepas mengetahui akan berita itu. “Saya terkejut,” katanya. “Saya terus ke katil selepas itu.”

“Kami tahu rumah kami akan dipenuhi dengan bunyi bising dan ketawa serta kasih sayang dalam jangka waktu yang panjang!” Nia memberitahu PEOPLE.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...