NASIONAL

Denda RM300 jika pemandu memandu sambil menggunakan telefon bimbit

Denda RM300 jika pemandu memandu sambil menggunakan telefon bimbit

Kuala Lumpur – Menggunakan telefon sewaktu memandu bukan sahaja dianggap sebagai tingkah laku yang buruk tetapi juga boleh membahayakan nyawa. Justeru, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM300 jika melakukan kesalahan ini.

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan kesalahan penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Larangan keras ini turut akan menjadi antara 20 lagi kesalahan yang akan disertakan ke dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), satu gabungan antara Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Kredit: Saeed Khan/AFP

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tiong Lai, pihak JPJ akan mempergiatkan usaha untuk menangkap para pemandu yang melakukan kesalahan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

Pegawai penguatkuasa dan kamera tetap akan digunakan bagi menangkap pemandu yang melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, pemandu akan dikenakan denda sebanyak RM300!

FMT

“Kami melarang para pemandu daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kami sudahpun memberi banyak amaran kepada mereka tetapi ramai yang masih berbuat demikian”.

Tambah menteri itu kepada The Star, “Tindakan tegas harus diambil bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Tumpukan perhatian kepada jalan raya dan bukan telefon anda semasa memandu”.

Dalam kenyataannya, Liow Tiong Lai turut sempat menjelaskan bahawa penggunaan aplikasi pemanduan arah seperti Waze adalah dibenarkan namun telefon bimbit perlulah diletakkan pada pemegang telefon.

Shutterstock

Menurut beliau lagi, matlamat utama dalam penguatkuasaan denda tersebut adalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan bukan untuk menyulitkan pengguna jalan raya.

“Kadar kemalangan sangat tinggi. Terdapat 5,310 kematian dari Januari hingga September tahun ini manakala sepanjang tempoh tahun lalu, terdapat sebanyak 7,152 kematian”.

Pada tahun 2016, sejumlah 46,289 saman polis telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Jumlah ini dikatakan meningkat sebanyak 4,000 berbanding jumlah saman yang dikeluarkan pada tahun 2015.

“Kami ingin mengurangkan bilangan ini sebanyak 10 peratus setiap tahun dan ia sangat mencabar”.

Jadi kepada semua pemandu Malaysia, berhati-hati di jalan raya dan utamakan keselamatan. Patuhi peraturan supaya anda tidak akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...