INSPIRASI, Ria, VIDEO

Kanak-kanak perempuan berkostum pari-pari dari Brazil ini terkenal selepas aksi hebatnya bermain papan luncur tular di internet!

Kanak-kanak perempuan berkostum pari-pari dari Brazil ini terkenal selepas aksi hebatnya bermain papan luncur tular di internet!

Bercakap sahaja tentang Brazil pasti minda anda akan mambayangkan pasukan bola sepak mereka yang handal. Ada antara anda juga yang mula terbayang akan tarian samba yang sememangnya terkenal di negara itu.

Tidak hanya itu, kini Brazil juga nampaknya telah melahirkan pemain papan luncur yang luar biasa! Mengapa dikatakan luar biasa? Mana tidaknya pemain papan luncur tersebut adalah tidak lain tidak bukan adalah seorang kanak-kanak perempuan yang begitu handal bermain papan luncurnya!

Si cilik bernama Rayssa Leal yang berusia 9 tahun itu dikenali di Brazil dengan gelaran ‘Fadinha Do Skate’ yang bermaksud ‘pari-pari papan luncur’. Ini kerana dia bukan sahaja seorang yang berbakat dalam meluncur, dia juga telah memenangi pelbagai pertandingan meluncur jalanan junior dan mendapat shoutout dari Tony Hawk. Tetapi seperti kanak-kanak perempuan lain, menggayakan kostum dongeng dan kostum pari-pari adalah satu kegemarannya.

Kanak-kanak ini juga nampaknya mempunyai pengikut serta peminatnya sendiri di Instagram dan Facebook. Dia kini dikatakan ‘dalam perjalanan’ untuk menjadi ‘dewi’ papan luncur Brazil selepas beberapa orang pemain papan luncur profesional wanita yang hebat seperti Eliana Sosco  dan Leticia Bufoni  dilahirkan di negara itu.

Ini dia Rayssa Leal yang terkenal dengan gelaran ‘pari-pari papan luncur’

Dia mendapat gelaran itu kerana kemahirannya bermain papan luncur serta kostum yang digayakannya…

Dia adalah seorang pemain yang handal dan telah memenangi pelbagai pertandingan meluncur jalanan junior. Dia juga mendapat pengiktirafan daripada legenda papan luncur seperti Tony Hawk

Kanak-kanak ini juga nampaknya mempunyai pengikut serta peminatnya sendiri di Instagram dan Facebook

Dia kini dikatakan ‘dalam perjalanan’ untuk menjadi ‘dewi’ papan luncur Brazil selepas beberapa orang pemain papan luncur profesional wanita yang hebat seperti Eliana Sosco dan Leticia Bufoni dilahirkan di negara itu

Saksikan kemahirannya bermain papan luncur! 

Nampaknya dia juga mendapat sokongan ramai di media sosial…

Tidak ketinggalan ramai juga yang khuatir akan keselamatannya semasa bermain papan luncur 

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...