Asia, GLOBAL

Kadet tentera mati mengejut. Setelah ujian autopsi dijalankan, forensik dapati organ dalaman mayat telah hilang!

Kadet tentera mati mengejut. Setelah ujian autopsi dijalankan, forensik dapati organ dalaman mayat telah hilang!

Remaja berusia 18 tahun yang juga pelajar tahun pertama di sebuah akademi tentera secara tiba-tiba meninggal dunia dan mengejutkan, sebahagian besar organ dalamannya seperti otak, jantung, perut dan pundi kencingnya telah hilang!

Pichet dan Sukanya Tanyakan yang dikenali sebagai pelumba kereta dimaklumkan oleh pihak akademi berkenaan bahawa anak mereka telah mati mengejut pada tanggal 17 Oktober lalu.

Pihak akademi turut tidak mendedahkan butiran terperinci dan hanya menyerahkan sijil kematian yang menyatakan mangsa iaitu Pakapong Tanyakan, 18 tahun telah meninggal dunia akibat kegagalan fungsi jantung.

Walau bagaimanapun, kematian mengejut remaja berkenaan di samping cara penyiasatan yang tidak memuaskan membuatkan seluruh ahli keluarganya mengesyaki sesuatu. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk membawa mayat mendiang Pakapong ke hospital swasta bagi menjalankan ujian autopsi.

Bapa kepada Pakapong telah membawa mayat anaknya menjalani ujian berkenaan secara rahsia sementara penggali kubur terus berpura-pura meneruskan upacara pembakaran mayat dan tidak mendedahkan kepada orang ramai bahawa keranda berkenaan tidak berpenghuni.

Setelah hasil ujian autopsi dikeluarkan, alangkah terkejutnya mereka apabila mayat didapati kehilangan sebahagian besar organ dalamannya seperti otak, jantung, perut dan juga pundi kencing!

Menurut Khaosod English, kakak sulung kepada mangsa iaitu Suphitcha Tanyakan memaklumkan bahawa setelah pasukan doktor forensik membedah tengkorak adiknya, mereka tidak menemui otak mangsa sebaliknya mendapati terdapat gumpalan kertas tisu untuk menyerap darah mangsa.

Hasil siasatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kanan perut mangsa selain patah tulang rusuk. Kedua-dua tulang selangka mangsa turut didapati patah.

Penemuan yang sangat mengejutkan ini membuatkan ahli keluarga mangsa minta supaya organ-organ mendiang dipulangkan semula supaya mereka dapat mengetahui punca sebenar kematian Pakapong.

“Kami tidak membuat sebarang pertuduhan mengenai kematian ini. Kami juga tidak memaksa pasukan doktor forensik untuk mempercepatkan proses kerana kami mahukan keputusan yang tepat,” kata Supitcha.

Sekolah Akademi Persediaan Tentera yang merupakan akademi tentera disertai oleh mendiang Pakapong dilaporkan mempunyai banyak sejarah mengenai kes penderaan fizikal kepada anggota kadet. Malahan, sesetengah insiden ini telah menyebabkan kematian yang jarang mendapat penjelasan terperinci tentangnya.

Ibu kepada Pakapong turut menceritakan mengenai satu peristiwa apabila anaknya pernah dipaksa untuk melakukan posisi berdiri dengan kepala berada di lantai tandas sebagai hukuman. Selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami kejutan dan terpaksa diberikan rawatan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

Bagaimanapun, Sukanya tidak mengetahui mengapa anaknya dikenakan tindakan disiplin atau berapa lama dia telah didenda untuk berada dalam posisi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Thailand iaitu Prawit Wongsuwon dilaporkan terkejut apabila pihak wartawan mengajukan soalan mengenai kes berkenaan. Ianya adalah satu kes yang sangat luar biasa.

Kes yang begitu misteri ini telah menggemparkan seluruh Thailand. Diharap keluarga Pakapong akan memperoleh jawapan dan punca sebenar kematian anak mereka. Pihak berkuasa juga diminta untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...