INSPIRASI, Pesona

“Kita ada dua tangan. Satu untuk bekerja kuat, satu lagi untuk membantu orang lain.” Beginilah kata seorang pemuda kepada ibu tunggal beranak dua

“Kita ada dua tangan. Satu untuk bekerja kuat, satu lagi untuk membantu orang lain.” Beginilah kata seorang pemuda kepada ibu tunggal beranak dua

Dalam kalangan kita, masih ramai yang hidup dengan pelbagai kesusahan untuk menyara keluarga dan meneruskan kehidupan.

Perkara ini turut dilalui oleh seorang ibu tunggal dua anak, Xinyu Wang yang mempunyai lebih daripada satu kerja bagi menyara kedua-dua anaknya.

Memetik laporan All Singapore Stuff, Xinyu Wang merupakan rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pembantu rumah dan pekerja restoran di Singapura bagi menyara keluarganya.

Kehidupannya lebih perit selepas ditinggalkan suami dan segala tanggungan adalah di bawahnya.

Xinyu merupakan pekerja yang periang dan rajin, tetapi lama kelamaan dia nampak tidak bermaya dan sering kepenatan.

Hal ini disedari oleh pelanggan restoran, Tay dan isteri, dan mereka mula berbual dengan Xinyu untuk mengenali lebih rapat.

Bermula daripada situ, Xinyu dan pasangan Tay banyak berbual pelbagai perkara. Tay juga sedar bahawa ibu tunggal ini mempunyai banyak pekerjaan.

“Saya beritahu kepada mereka saya pernah membersihkan tiga rumah pada waktu siang dan sambung bekerja syif malam di restoran,” jelas Xinyu.

Sungguhpun begitu, Xinyu masih sukar menyara kehidupannya kerana perlu membiayai yuran penjagaan kanak-kanak yang mahal.

Kasihan dengan perkara itu, Tay dengan bersahaja meminta bil penjagaan kanak-kanak dan telah membayar sebanyak RM 203 menggunakan kad kreditnya.

Akan tetapi, Tay telah menambah dua keping wang kertas 1,000 Dolar Singapura dalam bil tersebut. Xinyu menyangkakan Tay tidak sengaja, tetapi rupa-rupanya Tay sengaja mendermakan wang berjumlah RM 6,160.

Sumber: Facebook Alwell Tay

Wow, baiknya hati!

Tay sememangnya terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pemurah terhadap golongan yang memerlukan di Singapura.

Namun demikian, Xinyu telah memulangkan wang tersebut tetapi Tay memberitahu kepadanya,”Kita ada dua tangan. Satu untuk bekerja kuat, satu lagi untuk membantu orang lain.”

Mendengar kata-kata itu telah menyebabkan Xinyu mengalir air mata. Dia kagum dengan kemurnian dan keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh Tay.

Tay sanggup berbuat demikian kerana memahami bukan mudah menjaga dan menyara anak kerana dia sendiri mempunyai tiga orang anak.

Memetik laporan Sin Chew, beliau menjelaskan,” Wang sebanyak RM 6160 tidak terlalu memberi kesan kepada saya, tetapi mampu membantu Xinyu. Wang bukanlah segala-galanya, kita perlu membelanjakan wang untuk perkara yang penting sahaja.”

“Semua yang saya dapat ialah daripada rahmat Tuhan. Ia adalah satu anugerah untuk saya. Oleh itu, kita juga perlu memberikan kepada orang lain,” tambah beliau lagi.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...