INSPIRASI, Pesona, SAINS & TEKNOLOGI

Di ambang kepupusan! Badak sumbu putih jantan terakhir menanti dengan harapan spesiesnya akan terus wujud di dunia

Di ambang kepupusan! Badak sumbu putih jantan terakhir menanti dengan harapan spesiesnya akan terus wujud di dunia

Bagaimana rasanya apabila menjadi spesies terakhir di dalam dunia dan di ambang kepupusan. Pasti dunia memberi perhatian yang bukan sedikit kepada spesies tersebut. Inilah yang berlaku kepada spesies badak sumbu putih jantan terakhir.

Di Pusat Pemuliharaan Ol Pejeta di Laikipia, Kenya tinggal hanya seekor badak sumbu putih jantan terakhir bernama Sudan.

Kredit: mnn.com

Apa yang menyedihkan, Sudan merupakan satu-satunya spesies badak sumbu putih jantan dari spesies ‘Northern white rhinoceros’  yang telah mengalami kepupusan dalam keadaan yang amat kritikal.

Spesis badak sumbu putih jantan ini mengalami ancaman kepupusan yang amat membimbangkan berikutan pemburuan haram yang berleluasa sejak sekian lama.

Sudan merupakan satu-satunya badak sumbu putih jantan yang tinggal di dunia bersama dua ekor badak sumbu putih betina. Kini hanya tiga ekor badak sumbu putih yang wujud di dunia. Apabila Sudan yang berusia 44 tahun ini mati, segala harapan kepada usaha menyelamatkan spesies badak sumbu putih ini juga akan berakhir .

Kredit: Wikipedia

Amat menyedihkan, apabila kita tidak dapat menafikan pada waktu yang paling kritikal ini, ketiga-tiga badak sumbu putih ini hidup dengan menunggu masa dan perlu menerima hakikat yang spesies mereka sedang berada di ambang kepupusan.

Sudan telah dilahirkan pada tahun 1973. Sudan berasal dari Shambe di Selatan Sudan yang mana ia telah ditangkap oleh pemburu haiwan liar di situ. Kemudian Sudan telah dipindahkan di Zoo Dvur Kralove di Republik Czech pada tahun 1975.

Kredit: Wikipedia

Sudan kemudian ditempatkan di Pusat Pemuliharaan Ol Pejeta pada tahun 2009 bersama tiga ekor badak sumbu putih spesis ‘Northern white rhinoceros’ , termasuk anak perempuannya, Najin dan cucu perempuannya, Fatu dalam satu program membiak baka yang dinamakan, “Peluang Terakhir Untuk Selamat”.

Kredit: Youtube/ Helping Rhinos

Malangnya, usaha membiakkan spesies ini mengalami kegagalan di pusat pemuliharaan itu. Keadaan menjadi lebih buruk apabila badak sumbu putih ketiga yang dipindahkan bersama Sudan iaitu Suni, iaitu anak lelaki Sudan telah mati pada tahun 2014. Lalu meninggalkan satu keluarga Sudan, Najin dan Fatu sebagai spesies badak sumbu putih terakhir yang wujud di dunia.

Kredit: Brent Stirton/Ol Pejeta

Di pusat pemuliharaan itu, ketiga-tiga badak sumbu putih ini telah dilindungi dan diawasi 24 jam sehari dari diburu oleh pemburu haram. Mereka dikawal di pusat pemuliharaan yang dipagar dan mempunyai menara kawalan, dengan kawalan ketat oleh para pengawal terlatih, sambil diperhatikan melalui dron dan anjing pengawal.

Ketiga-tiga badak sumbu ini juga diawasi dengan alat pemancar dan pengesan yang ditanam di sumbu masing-masing.

Lihat video Sudan, badak sumbu putih jantan terakhir, yang menyedari spesiesnya berada di ambang kepupusan di bawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...