INSPIRASI, KESIHATAN

Wanita mengalami kerosakan mata dan mungkin cacat kekal selepas terkena semburan minyak pati dalam semburan wangian rumah

Wanita mengalami kerosakan mata dan mungkin cacat kekal selepas terkena semburan minyak pati dalam semburan wangian rumah

Mungkin ramai yang tahu bahawa minyak pati mempunyai kebaikannya tersendiri. Ada yang menggunakannya sebagai bahan asas buat kulit, ada juga yang menggunakan minyak buat menghilangkan parut dan ramai juga yang menggunakan minyak pati untuk tujuan perubatan dan terapeutik.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila minyak pati dalam semburan yang digunakan telah menyebabkan kulit wajahnya seperti terbakar.

Wanita dari Britain ini, Emily Smith, baru-baru ini berkongsi statusnya di Facebook untuk memberi amaran kepada orang ramai selepas wajahnya rosak seolah-olah seperti dibakar selepas terkena minyak pati dalam semburan wangi.

Sumber: Facebook

Berdasarkan status Facebooknya, dia memberitahu bahawa dia telah membeli semburan elektrik yang popular untuk membuatkan rumahnya berbau wangi seperti minyak nilam. Semburan tersebut kemudian tersembur ke arah wajahnya semasa dia cuba untuk mematikan proses penyemburan.

Dia hanya membiarkan semburan itu pada wajahnya kerana tidak tahu akan bahaya semburan tersebut. Namun begitu, selepas beberapa jam selepas itu dia mula merasakan kehangatan pada wajahnya.

Sumber: Facebook

Dia kemudian membasuh mukanya dengan air paip selama 10 minit sebelum merendamnya dengan air sejuk selama 20 minit. Dia juga menghubungi pusat panduan perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang apa yang dialaminya. Penasihat kesihatan kemudian mengklasifikasikan kesnya sebagai kes kulit terbakar tahap pertama.

Kulitnya yang terbakar dikatakan boleh dirawat di rumah dengan menggunakan air sejuk dan lidah buaya. Setelah mengikuti nasihat tersebut dia kemudian masuk tidur seperti biasa namun tidak lama selepas itu dia terjaga pada sekitar tiga pagi kerana merasa sakit pada wajahnya. Dia juga merasakan ada darah yang mengalir pada wajahnya.

Emily tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius dan dia tidur semula selepas menggunakan lebih banyak krim aloe vera dan mengambil beberapa biji ubat penahan sakit. Keesokan harinya, dia mendapati wajahnya bengkak, matanya pula kabur. Dia kemudian terus membasahkan wajahnya.

Selain itu, terdapat nanah pada kulitnya dan wajah serta matanya berasa lebih menyakitkan berbanding sebelum ini. Dia kemudian menghubungi penasihat kesihatan sekali lagi dan dia diberitahu untuk pergi ke bilik kecemasan.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Dia kemudian didiagnosis dengan pembakaran kimia dan dipindahkan ke pakar mata untuk mendapatkan rawatan mata kerana doktor bimbang matanya mungkin telah rosak akibat bahan kimia. Seluruh proses rawatan mengambil masa kira-kira 12 jam.

Insiden ini menyebabkan dia mengalami kerosakan mata kekal dan dia berpotensi cacat seumur hidup!

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sesetengah minyak pati mengandungi kandungan toksik yang tinggi dan boleh menyebabkan halusinasi, sawan dan agitasi jika digunakan secara berlebihan.

Selain itu, beberapa jenis minyak pati sememangnya tidak boleh digunakan pada bayi, ibu hamil atau ibu menyusu, antaranya ialah:

Minyak pati Rosemary

Minyak pati spike lavender

Minyak pati sage

Minyak pati Mugwort

Minyak pati Tarragon

Minyak pati Wintergreen

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...