Chris Qualley, 34, hanya mula berkebun sejak tiga tahun dahulu dan siapa sangka gambarnya memegang lobak merah sepanjang dua kaki telah menjadi viral di internet. Lobak merah itu juga dikatakan mempunyai berat seberat 22 paun (kira-kira 10 kg). Tiga tahun dahulu dia berazam untuk bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil tanaman yang besar dan kini impiannya benar-benar menjadi kenyataan!

“Saya hanya sedikit sebanyak tentang berkebun, tetapi tiga tahun lalu saya mula menanam jenis tanaman yang biasa dan pada tahun berikutnya saya mula menanam tanaman jenis ‘gergasi’,” kata Chris yang bekerja di bahagian kewangan di sebuah syarikat pemasaran.

Walaupun dia tahu tanaman yang ditanam adalah dari baka yang agak besar saiznya, dia tetap terkejut melihat hasilnya. Lobak merah yang telah ditanamnya pada bulan Januari telah membesar sehingga mencapai dua kaki panjang dengan beratnya yang lebih daripada 10 kilogram.

Chris tahu bahawa perkara itu adalah sesuatu yang istimewa dan luar biasa jadi, dia telah menghubungi Rekod Dunia Guinness dan mereka mengesahkan bahawa lobak merah tersebut adalah lobak merah paling berat di dunia!

Bercerita mengenai kejayaannya dalam menghasilkan sayur gergasi, Chris memberitahu petua utamanya ialah cuaca. Dia juga memberikan baja yang banyak kepada tanamannya. Cuaca panas telah membuatkan tanamannya membesar dengan sempurna terutamanya lobak merah.

Ini bukan kali pertama Chris telah menanam sayuran gergasi. Terdahulu, dia telah menuai tomato seberat 7 paun (kira-kira 3 kg) di tamannya. Tidak hanya itu labu yang ditanamnya juga telah membesar dengan begitu baik dengan berat lebih daripada 1,900 paun (kira-kira 862 kg) membuatkan dia memegang rekod labu paling berat di AS.

Chris kini sedang menanam tembikai besar dan dua biji lagi sayur labu dan dia berharap agar mendapat pengiktirafan yang lebih baik di festival negara.

Chris merancang untuk memasukkan lobak gergasinya ke dalam peti sejuk. Dia mahu menanamnya semula apabila tiba musim bunga supaya dia boleh menghasilkan semula benihnya.

Kredit gambar: Facebook | Christopher Qualley

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular

Ad will display in 09 seconds