INSPIRASI, Kebenaran, KESIHATAN, Pesona

Dahulu dia mudah jatuh cinta dan curang, akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih baik selepas menemukan kaedah ‘rawatan’ diri yang berkesan!

Dahulu dia mudah jatuh cinta dan curang, akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih baik selepas menemukan kaedah ‘rawatan’ diri yang berkesan!

Matúš Benko kini bekerja sebagai penyelidik pasca siswazah di Institut Matematik Komputasi di Johannes Kepler University Linz. Dia mempunyai isteri dan seorang anak lelaki dan tinggal di Austria.

Dahulu dia adalah seorang yang mementingkan diri, tidak menghormati wanita bahkan tidak jujur dalam hubungannya tetapi kini semuanya berubah. Dia kini telah menemukan ‘sesuatu’ sehingga membuatkan dia benar-benar berubah. Ini kisahnya…

Sejak remaja lagi dia mempunyai ramai teman wanita dan walaupun kebanyakan mereka sangat baik, namun dia sering meninggalkan mereka tanpa alasan yang baik. Tindakan ini telah menyakiti ramai orang.

Sebelum ulang tahunnya yang ke-16, hubungan cintanya pada dasarnya adalah kekanak-kanakan dan tidak kekal lama. Hubungan jangka panjang pertamanya bermula pada usianya 17 tahun.

Gadis yang menjadi teman wanitanya itu seorang yang baik dan bijak. Sepanjang tahun pertama hubungan mereka, mereka tidak mempunyai masalah. Namun masalah mula timbul apabila gadis itu menyambung pelajaran ke sebuah kolej.

Mereka hanya berhubungan melalui jarak jauh selama lebih setahun tetapi akhirnya Benko jatuh cinta dengan gadis lain dan mengakhiri hubungannya dengan teman wanitanya tanpa memikirkan perasaan teman wanitanya.

Merenung tentang masa lalunya, Matúš mula sedar bahawa dia memang mudah jatuh cinta malah ketagih untuk jatuh cinta. Dia seolah-olah tidak kisah untuk jatuh cinta kepada wanita lain walaupun dia mempunyai teman wanita lain ketika itu.

Dia juga adakala berfikir bahawa dia tidak perlu untuk mengawalnya. Baginya jika dia jatuh cinta kepada wanita lain maknanya dia tiada jodoh dengan teman wanitanya ketika itu. Jadi dia akan mengikut apa sahaja kehendak hatinya ketika itu.

Selepas menamatkan hubungan jangka panjang pertamanya, dia mula bersama dengan gadis yang baru dicintainya.

Tetapi ketika saya bersama dia, tingkah laku saya menjadi semakin tidak masuk akal. Saya terus jatuh cinta kepada gadis-gadis lain berulang kali.

Dia suka akan teman wanitanya dan bagaimana wanita itu melayannya, tetapi dia tetap melayan wanita itu dengan buruk malah tidak setia dengannya.

Matúš ketika umur 23

Kredit: Matúš Benko

Hubungan mereka hanya bertahan selama hampir empat tahun sebelum ianya berakhir. Hubungan itu hanya bertahan lama kerana toleransi dan pengorbanan teman wanitanya yang luar biasa.

Dia terus membuka hatinya dan memberi peluang kepada Matúš. Mungkin pada ketika itu dia dapat melihat akan kebaikan yang ada dalam diri Matúš pada saat lelaki itu sendiri tidak melihatnya.

Matúš juga sering minum sejak usianya masih remaja. Apabila dia mabuk dia selalu hilang pertimbangan sehingga ada suatu ketika dia tidak mempedulikan apa-apa walaupun teman wanitanya sendiri.

Dia bagaikan jatuh ke tempat yang gelap dan diambil alih oleh kuasa gelap, menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri. Dalam keadaan sebegini, dia berfikir bahawa dia bukan orang yang baik. Dia telah melakukan banyak perkara buruk, perkara yang tidak pernah terbayang olehnya. Dia bahkan tidak punya jalan untuk keluar daripada masalahnya dan mula berfikir bahawa dia sememangnya bukan seorang yang baik.

Mencari jalan keluar

Dalam keaadaan putus asa, akhirnya dia menemui jalan keluar apabila dia mula mengamalkan meditasi tradisional yang dipanggil Falun Dafa, juga dikenali sebagai Falun Gong. Dia pertama kali tertarik pada meditasi sekitar tahun 2008, ketika dia membaca buku “Catching the Big Fish” oleh David Lynch, yang merupakan pembikin filem kegemarannya pada waktu itu. Dalam buku itu, dia menerangkan tentang kesan meditasi yang luar biasa dalam hidupnya sehingga membuatkan Matúš terus tertarik.

Seorang kawannya yang memperkenalkan senaman Falun Gong kepadanya. Kawannya mengamalkan senaman ini di taman. Matúš tertarik dengan senaman ini dan merasakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falun Dafa adalah baik. Walau bagaimanapun pada masa itu, dia masih belum berfikir untuk melakukan senaman dengan serius.

Hal ini kerana dalam fikirannya, senaman ini terlalu bagus untuk dirinya, dia masih belum bersedia untuk bermula.

Walau bagaimanpun, selama 6 tahun, dia masih tertarik dengan prinsip-prinsip yang tertera dalam buku Zhuan Falun dan menjalani kehidupannya dengan berpandukan Falun Dafa. Keadaan ini sehinggalah pada tahun 2014, dia menolak segala keraguan dan memutuskan untuk berlatih sepenuh hati.

Falun Dafa mengajar bahawa anda boleh mencari ketenangan batin dengan mengasimilasi ciri-ciri alam semesta- Sejati, Baik, Sabar dan melepaskan tabiat buruk seperti cemburu, ego dan ketakutan. Melalui proses ini, seseorang dapat memupuk diri sendiri dengan mengikuti prinsip-prinsip lurus yang sederhana dan kembali kepada sifat sebenar seseorang.

Matúš melakukan latihan Falun Dafa di sebuah taman di NYC

Kredit: Matúš Benko

Apabila dia mula mengamalkan Falun Dafa, banyak perkara dalam hidupnya berubah secara automatik. Dia pernah berasa cemas dan takut, serta menghadapi masalah tidur. Masalah ini telah diselesaikan dengan sangat cepat tanpa dia sendiri sedar akan hal itu.

Matúš dengan anak lelakinya, Jonáš

Kredit: Matúš Benko

Tingkah lakunya bertambah baik dan telah membolehkan dia menjalinkan hubungan dengan lebih baik daripada yang sebelumnya. Pada tahun 2012, dia mula keluar dengan rakan sekelasnya dari kolej. Selepas dua tahun berkawan mereka berkahwin dan sekarang mempunyai seorang anak lelaki.

Berbicara mengenai perbezaan dahulu dan sekarang ialah dia tidak lagi didorong oleh emosi dan sentimental. Sebaliknya, dia berusaha sebaik-baiknya untuk berfikir dengan jelas dan mengikuti prinsip-prinsip yang dipercayai.

Matúš dan isterinya Eva, berkahwin sejak Jun 2014, di Muzium Seni Metropolitan di New York

Kredit: Matúš Benko

Mendidik diri adalah satu proses yang panjang dan dia masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya. Walau bagaimanapun, perubahan dalam hidupnya adalah berpunca daripada Falun Dafa yang sepertinya sebuah keajaiban kepadanya.

Dia kini sangat bersyukur akan peluang yang diperolehinya, untuk menjadi seorang yang lebih baik!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...