KESIHATAN

Saintis CDC memberi amaran tentang virus terbaru ‘Monkeypox’ yang boleh menyebabkan maut jika dijangkiti

Saintis CDC memberi amaran tentang virus terbaru ‘Monkeypox’ yang boleh menyebabkan maut jika dijangkiti

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi virus yang berjangkit seperti Ebola ini? Kita sudah sedia maklum virus Ebola sudah meragut ribuan nyawa dan memberi kesan kepada seluruh dunia.

Afrika merupakan lokasi bermulanya dan penyebaran wabak berjangkit. Sekarang muncul pula penyakit misteri dan maut ini yang telah meragut nyawa di negara berkenaan.

Apa yang menyedihkan, walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh organisasi kesihatan antarabangsa untuk membanteras wabak penyakit berjangkit yang sering berlaku di negara tersebut, namun wabak baru masih lagi muncul dan menyebabkan kehilangan nyawa.

Sekarang, saintis Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah berada di Congo

Sumber: africaguide

Mereka sedang mencari jawapan kepada pembawaan wabak berjangkit dan penyelesaian untuk virus misteri ini.

Monkeypox adalah daripada keluarga yang sama dengan virus cacar, yang telah dibasmi pada tahun 1977, selepas kes terakhir yang dilaporkan secara semula jadi berlaku. Monkeypox, sebaliknya, telah dilihat dengan kadar yang semakin membimbangkan di Afrika.

Monkeypox adalah penyakit bawaan haiwan dengan manifestasi demam

Sumber: CDC

Ruam yang berbiji dan timbul bertukar menjadi luka yang menyakitkan seperti terkena api rokok.

Penyakit yang membawa maut ini boleh membunuh kira-kira satu dalam 10 orang dan dilihat lebih berbahaya pada kanak-kanak. Disebabkan peningkatan secara tiba-tiba wabak monkeypox di Barat dan Afrika tengah, pegawai kerajaan meminta pengawasan lebih lanjut ditingkatkan di rantau ini. Mereka meminta para saintis mengkaji tentang keadaan serta langkah-langkah perlaksanaan sekiranya berlaku wabak.

Penyakit ini dianggap berbahaya apabila ia menjangkiti bayi dan kanak-kanak

Sumber: Pixabay

Pada tahun 2017 sahaja, kira-kira 88 suspek kes monkeypox ini telah dilaporkan sehingga bulan Oktober. Kebanyakan kes ini berlaku di kampung Manfoute.

Untuk sampai ke tempat terpencil ini dengan populasi 1,600 orang, saintis terpaksa memulakan perjalanan bot selama enam jam daripada lapangan terbang terdekat. Kampung yang jauh ini tidak mempunyai bekalan air bersih dan elektrik, menjadikannya alasan utama bagi penyebaran penyakit.

Para saintis terpaksa memeriksa pelbagai kemungkinan sumber wabak tersebut. Mereka berharap dapat mencari sumber penyakit itu dan cara untuk mencegah penyebarannya ke lokasi dan negara lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerangkan monkeypox sebagai penyakit yang dapat menyebabkan maut pada manusia dan penyakit ini merupakan bawaan daripada binatang liar.

Pada masa ini, masih tiada penawar atau vaksin untuk jangkitan ini

Sumber: University of Wisconsin-La Crosse

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...