GAYA HIDUP, Keluarga, Pesona, Ria

Pedas! Komen Gordon Ramsay mengenai masakan orang ramai di Twitter, kedengaran mungkin agak kasar tetapi dia tetap memuji masakan kanak-kanak ini!

Pedas! Komen Gordon Ramsay mengenai masakan orang ramai di Twitter, kedengaran mungkin agak kasar tetapi dia tetap memuji masakan kanak-kanak ini!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti chef terkenal Gordon Ramsay yang sangat komited dalam kariernya sebagai chef terkemuka dunia.

Walaupun lelaki itu kelihatan tegas dan sangat perfectionist dia walau bagaimanapun sangat diminati oleh orang ramai kerana komen dan pandangannya yang jujur terhadap setiap hidangan yang dipersembahkan. Jadi, tidak mustahil jika ramai yang memuat naik hidangan masakan mereka di Twitter dan meminta pandangan dan ulasan Ramsay mengenai masakan mereka.

Apa yang dibalas oleh chef terkenal itu adakalanya agak mengecewakan, tetapi itu lah hakikatnya, bagaimana dia melihat sesuatu hidangan berdasarkan pandangan seorang yang pakar dalam masakan.

Lihat gambar-gambar di bawah, bagaimana Ramsay menilai masakan orang ramai berdasarkan gambar masakan yang dimuat naik di Twitter!

Netizen: Apa pendapat anda tentang makanan vegan kami?  

Ramsay: Berapa ekor arnab yang kamu miliki?

Netizen: Percubaan pertama saya membuat telur dadar sosej   

Ramsay: Tolong jadikannya terakhir… 

Netizen: Piza keju semasa pelayaran saya…

Ramsay: Terjun…

Netizen: Ayam panggang buatan saya, apa pendapat anda?

Ramsay: Kamu seharusnya membakar ayam itu bukannya membawanya ke tempat pembakaran mayat…

Netizen: Apa yang tidak kena macaron saya?

Ramsay: Semuanya…

Netizen: Hidangan makan malam oleh kawan saya…

Ramsay: Pergi berjumpa doktor segera!

Netizen: Anda mahu cuba sedikit pasta penne arribiata?

Ramsay: Daren… itu adalah spageti

Netizen: Apa yang anda rasa mengenai telur dadar saya?

Ramsay: Marah

Netizen: Anak lelaki saya mahu anda menilai masakan kami, dia suka akan rancangan TV anda

Ramsay: Saya telah menilai masakan itu dengan menulisnya pada baju yang dipakainya…

Netizen: Apa pendapat anda tentang masakan tunang saya?

Ramsay: Kahwini dia…

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...