GAYA HIDUP, Idea Gajet

Idea kreatif untuk memanfaatkan botol plastik terbuang

Idea kreatif untuk memanfaatkan botol plastik terbuang

Ramai yang tidak tahu tentang pelbagai kegunaan botol plastik terbuang. Kebiasaannya, kita hanya membuang botol-botol yang sudah tidak digunakan. Namun, dalam pada kita digalakkan untuk menjadikan kitar semula sebagai gaya hidup yang lebih mesra alam, mungkin kita boleh mencari kegunaan baru untuk botol-botol plastik yang tidak boleh diurai oleh alam ini.

Berikut adalah idea kreatif bagaimana untuk mengguna pakai semula botol terbuang:

Tempat meletak tisu gulung – potong botol dan kemudian letakkan penyepit makanan di tengah-tengah

Botol putih seperti ini boleh dibuat menjadi penyodok

Ia juga dapat dijadikan tempat menyimpan alat tulis

Botol susu boleh dijadikan sebagai tempat meletak buku yang kecil – potong mengikut garis hitam

Boleh juga dijadikan pasu bunga kecil yang menarik

Tempat mengecas telefon jika soket terlalu tinggi, begini caranya:

Sediakan alatan-alatan ini

Gunakan marker membuat garisan untuk memudahkan kerja memotong

Guna gunting untuk memotong mengikut garisan yang telah dibuat

Sungguh mudah!

Tempat untuk barang kosmetik anda atau barang di dalam bilik air seperti berus gigi

Bonus:

Kanopi tempat letak kenderaan yang unik!

Image credits: Garth Britzman

Lampu bouquet

Image credits: personalise.co.uk

Chandelier yang nampak mewah!

Designed by: Sarah Turner

Image credits: Michelle Brand | blogilates.com

Tirai yang menarik!

Image credits: Michelle Brand

Tudung botol digunakan untuk dekorasi dinding, hasilnya sangat memberangsangkan!

Image credits: Ilya Naymushinvia

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...