INSPIRASI

Anda mahu tahu apa yang sering Kim Jong Un cari di Internet?

Anda mahu tahu apa yang sering Kim Jong Un cari di Internet?

Siapa yang tidak kenal dengan pemimpin merangkap diktator di Korea Utara, Kim Jong Un. Beliau yang juga pemimpin generasi ketiga Korea Utara sememangnya terkenal dengan berita kontroversi.

Namun, agensi perkhidmatan rahsia Amerika iaitu Biro Penyiasatan Persekutuan atau Federal Bureau of Investigation (FBI) telah pun membuat pendedahan mengejutkan mengenai apa yang sering dicari oleh Kim Jong Un di Internet.

Menurut FBI, pemimpin muda Korea Utara tersebut pernah melanjutkan pelajaran di Switzerland dan dikhabarkan pakar dalam bidang perkomputeran dan Internet. Justeru, apabila FBI menyiasat mengenai pencarian Internet oleh beliau semasa belajar di luar negara, pihak FBI telah menemui sesuatu yang amat menarik.

Pemimpin Korea Utara ini didapati memenuhi enjin pencarian dengan namanya sendiri!

Kim Jong Un dikatakan banyak meluangkan masa dalam mencari artikel-artikel mahupun berita yang membahaskan mengenai dirinya. Bukan sahaja itu, beliau juga kelihatan tertarik dan gemar mencari mengenai perkembangan dunia antarabangsa di Internet.

Melalui pencarian tersebut, beliau menemui terdapat banyak ‘troll’ atau ejekan netizen terhadap dirinya. Sebagai contoh, netizen di China telah menggelar Kim Jong Un dengan nama ‘Si Gendut Generasi Ketiga Kim’.

Tergugat dengan gelaran berkenaan, beliau telah meminta pemimpin China untuk mengharamkan gelaran berkenaan di Internet. Walau bagaimanapun, netizen kemudiannya memberikan gelaran baru kepada beliau iaitu, ‘Generasi Emas Gendut Ketiga’.

Menurut koreaboo, berdasarkan kepada hasil siasatan oleh FBI ini, kita dapat lihat betapa angkuhnya pemimpin negara tertutup berkenaan.

Sumber: Tribun News

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...