Asia, GLOBAL

Akibat bermain permainan video 9 jam setiap malam, akhirnya menamatkan riwayat seorang pemuda

Akibat bermain permainan video 9 jam setiap malam, akhirnya menamatkan riwayat seorang pemuda

Mempunyai hobi dalam hidup seseorang merupakan amalan yang baik tetapi jika hobi tersebut mengganggu tidur anda, itu sangatlah buruk.

Tidur yang tidak cukup akan menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Malah, seseorang yang tidak cukup tidur umurnya semakin pendek.

Dalam era kini, terdapat sebuah permainan video atas talian yang digilai ramai sehingga para pemainnya mempunyai jumlah peminat yang besar iaitu King of Glory.

King of Glory dihasilkan oleh Tencent dan kini mendapat kolaborasi bersama Nintendo mempunyai hampir 80,000 pemain dalam sehari.

ET Today

Mana tidaknya, permainan ini boleh didapati di Apps Store dan Google Play Store yang semestinya memudahkan para peminat untuk mengakses.

Terdapat seorang pemain yang dikenali sebagai ‘Lonely King’ yang terkenal serta diminati ramai. Ketika usia masih 20 tahun, beliau mempunyai 170,000 peminat.

Akan tetapi, beliau ditemui mati oleh peminatnya apabila mereka menyedari ‘Lonely King’ menghilangkan diri  beberapa hari.

Sohu

Hasil penyiasatan, beliau didapati meninggal dunia akibat kekurangan tidur berikutan ketagihannya terhadap permainan video ini. Bagi mendapatkan kepuasan bermain, dia telah bermain permainan ini daripada 12:00 am  hingga 9:00 am setiap hari sejak Julai lepas.

Kejadian ini mengejutkan orang ramai. Laman-laman sosial dibanjiri dengan luahan kekecewaan dan takziah daripada para peminat terhadap idola mereka.

Namun demikian, perkara yang lebih penting adalah kita mestilah menjalani gaya hidup yang sihat serta seimbang. Memang tidak salah jika mempunyai hobi terhadap permainan video tetapi anda perlulah mempunyai jadual supaya tidak menjejaskan waktu tidur, makan, dan bersosial.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...