Aneh, INSPIRASI

Seorang pemilik haiwan menawarkan RM1,540 kepada sesiapa yang menjumpai ayam jantannya

Seorang pemilik haiwan menawarkan RM1,540 kepada sesiapa yang menjumpai ayam jantannya

Seorang lelaki warga Singapura menawarkan SGD500 (RM1,540) untuk sesiapa yang memulangkan ayam jantan kesayangannya ‘Chicky’ yang hilang tiga minggu yang lalu.

Sumber: Lost and found pets in Singapore

Pemain biola berusia 31 tahun, Ang Shao-wen berkata bahawa dia menjumpai Chicky lima tahun yang lalu apabila dia mendapati Chicky yang pada ketika itu masih kecil sedang berlegar di pinggir jalan.

Sumber: Lost and found pets in Singapore

“Chicky adalah keturunan ayam liar di kawasan Cornwall Gardens, saya memutuskan untuk memeliharanya setelah ia ditinggalkan oleh ibunya,” tulis Ang di laman Facebooknya.

Ang berkata bahawa Chicky dibiar bebas di halaman belakang dan juga di luar rumah. Ayamnya itu biasanya akan pulang ke rumah apabila Ang memanggilnya pada waktu malam.

Sumber: Sin Chew Daily

Bercakap kepada akhbar Cina Shin Min Daily News, Ang berkata bahawa dia tidak meletakkan Chicky di dalam sangkar.

“Setiap malam, Chicky akan tidur di belakang rumah dan meninggalkan rumah pada hari itu untuk bersiar-siar di sekitar kejiranan, tetapi ia tidak pulang ketika saya memanggilnya tiga minggu lalu,” kata Ang.

“Walaupun ia bebas berkeliaran dan terbang pada siang hari, saya memanggilnya untuk tidur pada waktu malam kerana faktor pemangsa,” tambah Ang di laman Facebooknya.

Ang telah meletakkan kira-kira 50 notis di sekitar Cornwall Gardens, dengan harapan orang ramai akan tampil dengan maklumat mengenai Chicky. Ang juga mempertimbangkan untuk menawarkan ganjaran SGD500 sekiranya ada yang menjumpai Chicky.

Ang berkata bahawa Chicky agak pintar dan dapat memahami percakapan manusia.

“Setiap malam, apabila saya memanggil Chicky dengan namanya, ia akan kembali ke halaman belakang untuk tidur,” katanya kepada Shin Min Daily News.

“Chicky bukan haiwan biasa dan saya risau kerana kami membesarkannya, ia tidak takut kepada manusia dan tidak tahu untuk bersembunyi jika ia ditangkap.”

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...