Seorang ibu berkongsi bagaimana kanak-kanak mudah mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut melalui pengalamannya sendiri selepas keluar makan di luar Hidayah 15/11/2017 tweet Related Posts Makanan mudah rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk? Ini dia cara menyimpan makanan supaya tidak mudah rosak dan kekal segar, mudah dan berkesan! KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan 11 jenis makanan yang harus dielakkan pada waktu pagi menurut pakar pemakanan Wanita ini berkongsi cara mudah dan menjimatkan untuk membersihkan plak gigi anda – hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di rumah Share this on WhatsAppBayi adalah manusia yang paling mudah terdedah kepada bahaya dan memerlukan pengawasan yang begitu tinggi daripada orang sekeliling terutamanya ibu bapa atau penjaga. Malah bahaya akan mengundang hanya dalam masa 5 saat sahaja, jika mereka diletakkan dalam situasi yang berbahaya. Selain itu, satu langkah yang silap juga berupaya membuatkan bayi menghidapi penyakit tangan, kaki dan mulut (Hand, Foot and Mouth Disease – HFMD) seperti yang dialami sendiri oleh seorang ibu bernama Amrina Meena selepas dia membawa bayi lelakinya Airil keluar makan malam. Amrina telah membawa Airil keluar makan malam di sebuah restoran. Seperti ibu bapa lain yang menggunakan kerusi khas bayi, Amrina juga telah mendudukkan bayinya di kerusi itu dan dari situlah Airil mendapat penyakit. Amrina telah berkongsi dengan netizen kejadian yang menyayat hati itu di Facebook pada 9 November lepas, dengan menulis, “Saya mengesyaki Airil mendapat HFMD dari kerusi bayi itu kerana pada keesokan harinya Airil demam. Salah saya pada malam itu kerana tidak membawa kain lap bayi (baby wipes). Kerusi itu memang tidak nampak kotor jadi saya tidak fikir perlu untuk mengelapnya.” Amrina juga menyatakan kekesalannya kerana selagi tidak menghadapi bahaya itu sendiri, selagi itulah jarang beringat. Menurutnya lagi, dia akan memastikan segala kelengkapan perlindungan disediakan lebih awal dan akan mengelap mana-mana kerusi sebelum anaknya duduk. Biarlah orang lain memperkatakan tentang perbuatannya yang terlalu pembersih itu kerana jika anaknya sakit, dia yang akan bertanggungjawab ke atasnya. Amrina juga menyatakan jika mengesyaki anak terkena HFMD, perlu ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor. Apabila anak itu sudah disahkan dijangkiti HFMD, anak itu wajib di kuarantin dan tidak boleh pergi ke taska atau sekolah. Ini bermaksud anak hanya duduk di rumah dan ibu bapa tidak boleh membawa anak keluar makan di luar, pergi ke taman permainan, pergi berjalan-jalan, pergi ke pusat membeli-belah atau tempat-tempat lain. Hal ini kerana, HFMD mudah berjangkit hanya melalui sentuhan. Penyakit ini juga mudah disebarkan melalui cecair badan termasuk: Air liur. Hingus. Najis. Cecair lepuh (apabila menggelembung) Sekiranya ada sesiapa yang terkena dengan mana-mana cecair yang telah dijangkiti, mereka juga akan jatuh sakit dan dijangkiti HFMD. Amrina mahu mengingatkan ibu bapa yang lain supaya tidak membuat kesilapan yang sama dengan berpesan supaya menyediakan kain lap antibakteria, semburan antiseptik, sanitizer dan sebagainya di dalam beg setiap masa. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Syukurlah, dalam masa seminggu keadaan Airil sudah pulih sepenuhnya. Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada setiap orang bahawa betapa pentingnya kebersihan sebelum membenarkan anak-anak menggunakan barang-barang asing terutamanya di tempat-tempat awam. Sudah tentu sukar dan mustahil untuk membersihkan kawasan yang lebih besar seperti taman permainan, tetapi masih ada cara lain iaitu dengan membersihkan tangan dan wajah anak anda selepas mereka bermain. Kongsikan kepada keluarga dan kenalan anda yang lain peringatan yang sangat bermanfaat ini. Sumber: Amrina Meena 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:KESIHATAN ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Seperti manusia, anjing ini juga takuti ‘benda’ tersebut ketika di hantar ke klinik haiwan Seumur hidupnya lembu ini telah ditambat dan dikurung di dalam kandang, akhirnya dia dilepaskan dan reaksinya sangat mengujakan! Bagaimana reaksi kanak-kanak apabila mendapati sesuatu melantun daripada kotak mainan tersebut 10 pencuci mulut paling mahal di dunia, #10 sekali suap dah habis Anjing ini disisihkan kerana dilahirkan dengan kecacatan wajah sehingga suatu hari ia dipertemukan dengan seseorang yang telah mengubah kehidupannya Pilihan Editor 10 pencuci mulut paling mahal di dunia, #10 sekali suap dah habis Anjing ini disisihkan kerana dilahirkan dengan kecacatan wajah sehingga suatu hari ia dipertemukan dengan seseorang yang telah mengubah kehidupannya Berang sering dirakam peminat ketika konsert, lihat apa yang dilakukan Bruno Mars Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan 2017-11-15 Hidayah