INSPIRASI, Pesona, Ria

Pengantin perempuan menyatakan maaf kerana ‘kekurangan’ pada gaun pengiring pengantin, tetapi apa yang dibalas pengiring pengantinnya pasti buat anda terpaku!

Pengantin perempuan menyatakan maaf kerana ‘kekurangan’ pada gaun pengiring pengantin, tetapi apa yang dibalas pengiring pengantinnya pasti buat anda terpaku!

Di Oakland Park, Kan, Heidi Mann telah menyimpan pelbagai pakaian di dalam almarinya- jeans dan kemeja. Tidak ketinggalan gaun pengiring pengantin yang pernah dipakainya suatu ketika dahulu. Gaun era 90-an itu nampaknya memiliki nilai sentimentalnya yang tersendiri membuatkannya masih tetap menyimpannya sehingga kini walaupun puluhan tahun telah berlalu.

Dia menyimpan gaun pengiring pengantin itu selama 22 tahun

© Facebook | Tammi Kippes Sauer

Bagi Tammi Sauer dari Edmond, Okla., perkahwinannya di Victoria, Kan pada tahun 1995 adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana perkahwinan itu menyaksikan janji cinta abadi antaranya dan suaminya.

Tidak hanya itu, perkahwinannya juga diserikan dengan pengiring pengantin beserta gaun indah yang digayakan mereka. Pada masa itu, pengantin perempuan itu menganggap gaun buatan sendiri dengan renda putih di bahagian itu atas adalah gaun yang sangat cantik.

Sauer baru-baru ini memuat naik status Facebook untuk memohon maaf bagi gaun pengiring perkahwinannya

© Facebook | Tammi Kippes Sauer

Sauer meraikan ulang tahun perkahwinannya dan suaminya yang ke-22 dengan catatan Facebook ringkas dan nota sampingan untuk pengiring pengantinnya. Dia menyatakan permohonan maafnya kepada pengiring pengantinnya atas gaun yang disediakan.

Walau bagaimanapun, apabila Mann melihat status itu, dia menafikannya. Baginya gaun itu sangat cantik dan mereka (pengiring pengantin) sangat suka akan gaun tersebut kerana mereka kelihatan sangat anggun dengan gaun tersebut.

Tidak hanya itu, Mann juga memutuskan untuk menunjukkan kepada Sauer bahawa gaun itu tidak hanya digunakan semasa perkahwinan tersebut tetapi telah digunakannya untuk melakukan kerja-kerja lain. Walaupun gaun itu sudah terlalu lama tetapi ianya masih cantik dan boleh digunakan dengan baik.

Mann memutuskan untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa gaun itu cantik dan boleh dipakai!

© Facebook |Tammi Kippes Sauer

“Pendapat orang yang mengatakan cara terbaik untuk memanfaatkan gaun pengiring pengantin ialah dengan memakainya untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian buat saya tergelak,” kata Mann kepada Today. “Saya tahu ia juga akan membuat  Tammi ketawa, jadi saya melakukannya.”

Seperti yang dapat dilihat dalm gambar-gambar Mann, gaun pengiring pengantin itu tidak hanya dipakai ketika majlis perkahwinan tetapi ia juga sesuai untuk dipakai ketika melalukan aktiviti harian.

1. Menggayakan gaun ketika membaca buku


© Facebook | Tammi Kippes Sauer

2. Menggunakannya ketika membasuh baju


© Facebook |Tammi Kippes Sauer

3. Tidak ketinggalan! Dia turut mengenakan gaun ini ketika membuat projek pembaikan rumah


© Facebook | Tammi Kippes Sauer

4. Menyiram tanaman di taman


© Facebook | Tammi Kippes Sauer

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...