Galeri Foto, Pesona, Ria

Pendedahan seorang jurugambar mengenai ‘di sebalik tabir’ pembikinan sesebuah potret profesional, anda pasti akan terkejut melihat apa yang dilakukannya!

Pendedahan seorang jurugambar mengenai ‘di sebalik tabir’ pembikinan sesebuah potret profesional, anda pasti akan terkejut melihat apa yang dilakukannya!

Melihat gambar-gambar yang cantik berlatarbelakangkan pemandangan indah pastinya membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila melihatnya. Bagi mereka yang mahir setiap sudut pastinya boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang baik. Tidak kira di mana sahaja pasti ada idea yang kreatif untuk merakamkan gambar sesuai dengan permintaan pelanggan mereka.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimaan foto-foto ini dihasilkan bukan? Jadi, seorang jurugambar perkahwinan dan keluarga dari Brazil, Gilmar Silva telah menyusun sebuh siri ‘di belakang tabir’ pembikinan gambar-gambar yang telah dihasilkannya. Projek yang bertajuk LUGARxPHOTO (‘tempat dan foto’) ini pasti akan memberi pendedahan kepada anda yang ingin tahu bagaimana sesebuah foto itu dihasilkan.

Lihat gambar-gambar di bawah dan anda pasti kagum dengan kerja keras yang dilakukan jurugambar ini. Tidak semua gambar yang indah hanya boleh disunting menggunakan Photoshop tetapi ia juga memerlukan idea yang kreatif!

Maklumat lanjut: Official SiteInstagramFacebook

#1 Sebenarnya bayi itu diambil gambar dalam keadaan dia sedang berbaring

#2 Agak pelik melihat buaian di tengah-tengah jalan bukan? Rupa-rupanya ada orang yang memegang tali buaian itu sebelum mereka ‘dihilangkan’

#3 Inilah pembongkaran sebenar bagaimana gambar itu diambil

#4 Sanggup masuk ke dalam parit demi mendapatkan foto yang cantik

#5 Tidak sangka gambar yang cantik itu terhasil dari tepi jalan yang berlecak sahaja

#6 Oh, begini rupanya cara mereka mengambil gambar

#7 Kreatif sekali jurugambar ini!

#8 Tidak perlu tunggu waktu hujan untuk merakam gambar ibu mengandung ini

#9 Idea untuk anda mengambil gambar seperti ini

#10 Hati-hati ya jika anda cuba meniru aksi jurugambar ini

#11 Hanya menggunakan veil pengantin perempuan sahaja untuk menghasilkan gambar yang begitu cantik sekali

#12 Helah yang menjadi. Hebat!

Era Baru 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...