NASIONAL

Pasaran hartanah dijangka merosot pada tahun 2018, harga rumah bakal jatuh mendadak

Pasaran hartanah dijangka merosot pada tahun 2018, harga rumah bakal jatuh mendadak

KUALA LUMPUR – Tidak mudah bagi seseorang dengan kemampuan yang terhad untuk membeli rumah di Malaysia pada hari ini kerana harga rumah yang terlalu tinggi dan mahal. Tetapi pakar hartanah meramalkan semua ini akan berubah pada tahun hadapan.

Menurut FMT, seorang jururunding dan jurukur hartanah bertauliah selama 40 tahun bernama Ernest Cheong telah mendedahkan bahawa pasaran hartanah akan merosot pada tahun hadapan dengan para pemaju dan pemilik rumah menghadapi masa yang sukar untuk mencari pembeli.

Dan inilah hakikatnya yang perlu diterima pada tahun 2018. Terdapat lima sebab yang diberikan oleh Ernest Cheong :

1. Para pembeli tidak lagi mampu membeli rumah

Kredit: The Star

Ini kerana ramai pembeli tidak lagi mampu membeli rumah yang lain, yang akan menyebabkan merosotnya pasaran hartanah dengan semakin ramai pembeli tidak lagi mampu membayar ansuran bulanan rumah.

Ernest Cheong berkata kemorosotan pasaran hartanah ini akan berlaku seawal bulan Februari 2018 dan akan menambah suasana panik di antara pemaju dan pemilik rumah, bermula pada Tahun Baru Cina pada bulan Februari atau sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memberi peruntukan bagi menguatkan nilai pasaran hartanah.

2.Terdapat terlalu banyak unit hartanah yang tidak terjual di pasaran

Kredit: MMO

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Lee Chee Leong, berbanding pada tahun 2016, terdapat peningkatan sebanyak 40 peratus unit rumah kediaman yang tidak terjual dengan jumlah 20, 807 unit pada suku pertama tahun 2017. Beliau berkata demikian dalam pembentangan Pasaran Harta Tanah 2017 baru-baru ini. Kesemua unit ini bernilai tinggi sebanyak RM12.26 Bilion dengan majoriti rumah berharga RM500,000 dan ke atas.

Kesemua unit ini hanya dinyatakan dari pasaran hartanah utama dari para pemaju dan tidak menyertakan jumlah dari pasaran hartanah kedua di mana yang dijual oleh pemilik rumah. Dengan jumlah pembeli rumah yang semakin berkurangan, Cheong berkata, para pemaju telah mengambil tindakan dengan cara yang agak terdesak.

3. Para pemaju akan kehilangan pembiayaan untuk memulakan projek baru jika tidak banyak rumah yang boleh dijual

Kredit: MMO

Menurut Cheong, “Sebelum ini, pembeli rumah perlu membayar deposit sebanyak 10 peratus untuk memulakan proses memiliki rumah. Tetapi kini keadaan jauh berbeza. Para pemaju berada dalam situasi tertekan dan terdesak. Oleh itu, mereka telah memberi laluan kepada pembeli membayar hanya satu peratus ke atas nilai harga hartanah tersebut dan membayar selebihnya selepas hartanah atau rumah telah disiapkan.

Cheong berkata para pemaju terpaksa membuat ‘cara pembayaran pemurah’ ini disebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menjual hartanah yang baru. Untuk pengetahuan anda, sekiranya para pemaju menjual kurang 40 peratus dari keseluruhan jumlah unit hartanah yang sepatutnya dijual, mereka akan kehilangan kelangsungan pembiayaan dari pihak bank.

Cheong menambah, “Pada tahap inilah bahaya dan risiko akan muncul. Saya meramalkan, sekiranya perkara ini berterusan, pasaran hartanah akan merosot dan menjunam selama 24 hingga 30 bulan kerana para pelanggan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli harta dan rumah. Tambahan para pemaju mula menjalankan projek pembinaan rumah dua tahun yang lalu dengan jangkaan untuk memenuhi permintaan pasaran.” Nampaknya jumlah pasaran telah melebihi permintaan.

4. Harga hartanah dijangka akan menurun dari RM500,000 kepada RM300,000

Kredit: Kini Biz

Cheong menganggarkan jumlah unit dari pasaran hartanah kedua adalah RM4 Bilion dan ini menambah jumlah keseluruhan nilai hartanah berjumlah RM16 Bilion di pasaran. Menurut Cheong, “Jadi, terdapat nilai hartanah dengan jumlah RM16 Bilion sedang menanti pembelinya. Tetapi, malangnya tiada permintaan yang mengalakkan. Masalah utama kini ialah semua orang tidak mempunyai wang.”

Menurut Cheong lagi, beliau mempercayai yang nilai hartanah akan merosot pada awal tahun hadapan dan menurut anggarannya harga rumah akan jatuh dengan mendadak dari harga pasaran kini iaitu RM500,000 kepada RM300,000 pada tahun hadapan. Dan jumlah perbezaan kerugian atau keuntungan yang sangat banyak !

5. Jika anda tidak mampu membeli rumah, sewa dahulu

Kredit: Shutterstock

Cheong memberi nasihat kepada warga Malaysia yang mahu membeli rumah supaya melupakan hasrat tersebut terlebih dahulu sehingga mereka dapat mengumpul RM1,000 sebulan selama setahun di dalam tabung kecemasan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan sebanyak 89 peratus warga Malaysia menjana pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan. Jadi Cheong telah menggesa warga Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dalam membelanjakan wang pendapatan mereka.

Sebaliknya, Cheong memberi nasihat kepada semua untuk melabur dalam bentuk yang lain selain hartanah. Katanya, ” Adalah tidak penting untuk membeli hartanah buat masa ini. Cuba untuk menyewa rumah dahulu jika anda masih merasa tidak mampu.”

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...