Aneh, INSPIRASI

Jururawat Jerman telah mengakibatkan kematian secara sengaja ke atas lebih daripada 100 orang pesakit

Jururawat Jerman telah mengakibatkan kematian secara sengaja ke atas lebih daripada 100 orang pesakit

Di Jerman, seorang jururawat lelaki yang telah disabitkan dengan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2015 atas kesalahan membunuh dua orang pesakit sebenarnya telah membunuh lebih daripada 100 orang pesakit dalam tempoh beberapa tahun.

Niels Hoegel dikatakan pernah bekerja sebagai jururawat di dua buah hospital dan menjadi suspek bagi lebih 16 kes pembunuhan di hospital Oldenburg dan Delmenhorst.

Lewat Ogos yang lalu, pasukan penyiasat telah pun selesai menjalani ujian toksikologi ke atas semua pesakit yang meninggal dunia sewaktu Niels bekerja sebagai jururawat. Hasil ujian tersebut mendapati Niels berkemungkinan besar telah melakukan jenayah berkenaan ke atas 84 orang mangsa.

Pada masa yang sama, pasukan penyiasat masih lagi menunggu keputusan ujian toksikologi tersebut dikeluarkan ke atas 41 lagi kes kematian yang kini telah pun disahkan. Dalam erti kata lain, Niels bertanggungjawab menyebabkan kematian kepada hampir 125 orang pesakit dengan sengaja.

Pihak pendakwa turut mengulangi kenyataan bahawa mereka akan memfailkan beberapa lagi tuduhan tambahan terhadap Niels pada awal tahun hadapan. Sabitan tambahan ini akan menjejaskan peluang Niels untuk mendapatkan parol.

Niels telah disabitkan pada tahun 2015 atas tuduhan membunuh dan dua lagi percubaan membunuh di hospital Delmenhorst. Ekoran itu, dia telah pun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Dalam perbicaraannya, Niels menjelaskan bahawa dia dengan sengaja mengakibatkan krisis jantung kepada lebih kurang 90 orang pesakit di hospital Delmenhorst. Hal ini demikian kerana dia menikmati perasaan apabila dia mampu untuk menyembuhkan pesakit yang sedang mengalami krisis nyawa.

Niels kemudian membuat pengakuan bahawa dia juga ada membunuh beberapa orang pesakit di hospital Oldenburg.

Niels telah berkhidmat sebagai jururawat di hospital Oldenburg pada tahun 1999 hingga 2002 manakala di hospital Delmenhorst pula adalah antara tahun 2003 hingga 2005.

Dalam melakukan pemeriksaan dan siasatan secara besar-besaran yang melibatkan kedua-dua buah hospital, pihak polis dan pendakwa harus meneliti lebih daripada 500 fail pesakit dan ratusan rekod hospital. Malah, mereka juga terpaksa menggali semula 134 mayat daripada 67 kawasan perkuburan.

Menurut polis, sekiranya pegawai kesihatan tidak ragu-ragu dan melaporkan mengenai perkara berkenaan dengan lebih awal, perbuatan Niels mungkin dapat dihalang dengan segera.

Sumber: Fox News

Kategori:Aneh INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...