NASIONAL

Data sokongan hilang, CIMB minta pelanggan berwaspada sementara langkah keselamatan dipertingkatkan

Data sokongan hilang, CIMB minta pelanggan berwaspada sementara langkah keselamatan dipertingkatkan

KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Bhd baru-baru ini telah membuat satu pengumuman tentang tindakan meningkatkan langkah keselamatan berikutan beberapa pita magnetik yang mengandungi data sokongan telah hilang.

Kehilangan data tersebut berlaku dalam perjalanan semasa melakukan satu operasi rutin. CIMB Group walau bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai Pengesahan Kad (CVV) terkandung di dalam pita berkenaan.

Kredit: Malay Mail

Di samping itu, pihak CIMB menerusi siasatan menyeluruh dan terperinci yang dijalankan mengesahkan bahawa maklumat yang hilang tersebut tidak jatuh ke tangan pihak yang salah.

Kredit: FMT

Pihak bank kini turut mengambil langkah keselamatan yang konservatif dengan menitikberatkan aspek keselamatan dan perlindungan data selain menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa. Semua langkah ini diambil bagi melindungi kepentingan para pelanggan.

Kredit: Malay Mail

Ekoran daripada insiden ini, pihak CIMB telah menghentikan beberapa perkhidmatan melalui telefon buat sementara waktu. Antara perkhidmatan yang dihentikan adalah seperti penukaran alamat, nombor telefon, emel bagi kad debit dan kad kredit, pemindahan wang, urusan pembayaran tanpa T-PIN dan juga permintaan T-PIN baharu.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz merangkap Ketua Eksekutif CIMB Group, pihaknya akan bertanggungjawab terhadap keselamatan traksaksi pelanggan.

CIMB turut menyarankan agar para pelanggan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman sesawang utama atau pusat panggilan perkhidmatan di seluruh negara.

Kredit: The Star

“Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses untuk memastikan ia tidak berulang”.

Tambah beliau, “Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini.”

Untuk mendapatkan sebarang maklumat dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi mana-mana nombor berikut:

  • +603 6204 7788 (Perbankan Pengguna)
  • +603 6204 7799 (Kad Premier)
  • 1300 88 5300 (Utama)
  • 1300 88 8828 (Pusat Panggilan Perniagaan – Perbankan Komersial/Perusahaan)
  • 1300 88 8068 (Pusat Panggilan Perniagaan – Korporat)

Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang rasmi di www.cimbbank.com.my atau www.cimb-bizchannel.com.my

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...