KESENIAN, VIDEO

Saksikan rahsia di sebalik pendedahan potret lukisan tahun 1618 yang memukau!

Saksikan rahsia di sebalik pendedahan potret lukisan tahun 1618 yang memukau!

Salutan perlindungan terakhir akan disapu pada setiap lukisan bagi memastikan jangka hayatnya berpanjangan. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan lukisan tersebut akan tetap pudar warnanya.

Sekitar 200 tahun yang lalu, seseorang telah melapisi satu potret lukisan minyak yang dihasilkan pada tahun 1618 dengan lapisan varnis yang tebal. Lukisan berkenaan adalah potret seorang wanita berpakaian merah.

Jadi, untuk melihat rupa sebenar lukisan berkenaan di sebalik hasil seni purba itu, seorang pakar kesenian dan pengacara bagi rancangan ‘Fake or Fortune’ iaitu Philip Mould telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan pembuangan lapisan pelindung varnis daripada potret tersebut.

“Lukisan ini asalnya merupakan koleksi peribadi di England,” ujar Philip kepada The Telegraph.

Transformasi yang bakal anda saksikan pastinya akan membuatkan anda tergamam.

Pada awalnya, ujian varnis dilakukan ke atas permukaan minyak pada papan kayu oak.

Campuran gel dan bahan pelarut dihasilkan khusus untuk membuang lapisan varnis sahaja bukannya untuk merosakkan warna cat pada lukisan berkenaan.

Walaupun maklumat terperinci mengenai “Wanita Berpakaian Merah” sudah hilang, apa yang pasti adalah wanita tersebut berusia 36 tahun ketika potretnya dihasilkan.

Penyebaran video ini telah membuatkan netizen kagum melihat hasil lukisan berkenaan. Menurut komen salah seorang netizen di Twitter, “Menakjubkan Philip, dia nampak mengagumkan! Ton warna kulit dan subangnya sangat hebat. Transformasi yang menarik!”

Walau bagaimanapun, ramai juga yang memberikan kritikan hebat terhadap video berkenaan dan menganggap tindakan Philip hanya akan memusnahkan keaslian lukisan bersejarah itu.

Apa kata anda lihat sendiri video berdurasi 1 minit 14 saat ini dan berikan pendapat anda.

Sumber: Bored Panda

Kategori:KESENIAN VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...