INSPIRASI, Ria

Penjaga minta anak panda supaya menjadi ‘panda yang baik’. Apa yang berlaku kemudian membuatkan anak panda ini terkenal!

Penjaga minta anak panda supaya menjadi ‘panda yang baik’. Apa yang berlaku kemudian membuatkan anak panda ini terkenal!

Panda merupakan khazanah bagi negara China. Panda yang sememangnya dikenali dengan kecomelan dan sikap naifnya sentiasa berjaya menambat hati ramai orang di seluruh dunia.

Di Sichuan, terdapat seekor anak panda yang sangat comel dan keletahnya sangat mencuit hati. Kebiasaannya, anak-anak panda gemar membuat masalah dan agak nakal. Biasalah kan? Tetapi lain pula cerita bagi bayi panda ini.

Baru-baru ini tular di seluruh China apabila beberapa gambar anak panda tersebut dilihat dengan kelakuan yang sangat sopan dan menurut kata.

Seorang penjaga panda telah menyatakan sesuatu kepada anak panda tersebut dengan nada yang amat lembut.

“Jadi panda yang baik dan duduk di sini sekejap. Selepas saya habiskan tugas, saya akan datang dan peluk awak”.

Mengejutkan, anak panda tersebut seolah-olah memahami kata-kata yang dilontarkan oleh penjaga tersebut dan duduk diam tanpa melakukan apa-apa.

Anda lihatlah reaksi wajah anak panda ini. Sungguh comel! Anak panda berkenaan seolah-olah cuba untuk memberitahu:

“Makcik, jangan lupa untuk datang dan berikan saya pelukan selepas tugas awak selesai”

Anak panda ini setia menunggu penjaganya untuk masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, anak panda tersebut tetap berpegang teguh pada janji dan taat dengan permintaan penjaganya.

Kita sering melihat gelagat anak-anak panda yang gemar memeluk kaki penjaganya tetapi tidak bagi anak panda ini. Anak panda itu lebih gemarkan pelukan mesra seorang manusia. Begitulah kisah seekor haiwan yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap manusia yang baik dengannya.

Jika anda kagum dengan kisah ini, kongsikannya bersama rakan-rakan.

Sumber: cocomy

Kategori:INSPIRASI Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...