Pesona, Ria, VIDEO

Lucu! Apabila kumpulan kanak-kanak perempuan mula menari, si kecil ini juga tidak mahu ketinggalan, tetapi dia menari dengan gaya tarinya yang tersendiri!

Lucu! Apabila kumpulan kanak-kanak perempuan mula menari, si kecil ini juga tidak mahu ketinggalan, tetapi dia menari dengan gaya tarinya yang tersendiri!

Menghantar anak-anak kecil ke kelas muzik, tarian atau seni mempertahankan diri adalah sesuatu yang normal dilakukan oleh ibu bapa hari ini. Lazimnya anak-anak dihantar ke kelas tarian atas beberapa sebab seperti untuk membina postur badan yang sempurna, dapat mengawal otot dan tidak ketinggalan ada ibu bapa yang mahu anaknya menjadi bintang dalam bidang tarian.

Tidak kiralah apa sahaja tujuan ibu bapa kepada kanak-kanak ini menghantar si kecil itu ke kelas tarian, nampaknya anak mereka benar-benar berbakat. Si kecil itu nampaknya begitu gembira dan menikmati masanya sepanjang kelas tarian tersebut dijalankan.

Semasa pertunjukan tarian, sekumpulan kanak-kanak perempuan menunjukkan gerakan halus untuk ditunjukkan kepada ibu bapa mereka, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang paling kecil nampaknya berjaya menarik perhatian ramai.

Tidak seperti yang lain dia kelihatan sedang menari dengan gaya dan gerakan tariannya yang tersendiri. Si kecil yang berpakaian merah jambu itu berdiri di bahagian hadapan untuk mengikut gerak tari gurunya, namun apabila muzik dimainkan dia terus menari dengan gerak tarinya sendiri!

Selain itu, dia juga kelihatan benar-benar menghayati muzik yang dimainkan. Tariannya dilihat seolah-olah mengikut rentak dan irama muzik yang dimainkan. Tidak hanya itu, dia jelas sekali mengubah langkah gurunya untuk disesuaikan dengan koreografinya sendiri.

Gelagat spontannya begitu lucu sehingga menarik perhatian ramai. Tonton video di bawah dan anda pasti akan ketawa lucu melihat telatah selambanya. Sungguh melucukan!

Era Baru 

Kategori:Pesona Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...