INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Kisah persahabatan 4 ekor angsa dan seorang nenek pasti membuatkan hati anda tersentuh!

Kisah persahabatan 4 ekor angsa dan seorang nenek pasti membuatkan hati anda tersentuh!

Haiwan juga mempunyai perasaan dan kasih sayang jadi tidak hairanlah jika mereka menunjukkan sifat penyayang mereka dengan pelbagai cara. Tidak hanya kasih akan anaknya, haiwan juga punya perasaan sayang terhadap manusia, terutamanya terhadap mereka yang telah menjaganya.

Biasanya anda mendengar kisah anjing atau kucing yang penyayang bukan? Tetapi kali ini cerita mengenai empat ekor angsa yang sangat baik dan punya sifat pelindung yang sangat tinggi! Jom ikuti kisah seorang nenek dan empat ekor angsa peliharaannya yang pasti akan menyentuh hati anda.

Setiap hari empat ekor angsa ini akan menemani ke mana sahaja tuan mereka pergi. Mereka akan berjalan bersama-sama dan tidak akan meninggalkan nenek itu berjalan bersendirian kerana mahu memastikan tiada bahaya yang akan datang.

Beginilah setiap hari angsa-angsa itu akan menemani nenek itu berjalan-jalan

Apabila nenek ini cuba berlari, angsa-angsa ini pun turut berlari sehingga sanggup terbang supaya dapat bersaing dengan nenek tersebut. Lucu betul!

Mereka juga begitu berani ‘menentang’ siapa sahaja yang cuba mendekati nenek itu terutama orang-orang yang mereka tidak kenali. Jangan kata orang, haiwan lain juga tidak berani mendekati mereka. Mereka sangat garang dan sangat protective!

Jurukamera ini dikejar oleh angsa tersebut kerana mereka dapat ‘menghidu’ kedatangan orang yang tidak dikenali

Anjing ini terpaksa dipegang oleh tuannya sendiri kerana cuba menyelamatkannya daripada disudu oleh angsa-angsa tersebut

Walaupun mereka garang, mereka adalah sahabat yang baik kepada nenek itu. Jika mereka tiada pasti nenek itu kesunyian lebih-lebih lagi sejak nenek tersebut pernah menjalani pembedahan otak tiga tahun lalu.

Ekoran pembedahan otak yang dijalani, nenek itu tidak dapat bercakap selama tiga bulan. Oleh itu, dengan kehadiran empat ekor angsa-angsa tersebut telah membuatkan hari-hari nenek itu lebih cerah dan ceria.

Ke mana sahaja nenek pergi pasti empat ekor angsa ini akan menemaninya… biarpun terpaksa mendaki bukit…

atau berenang ke dalam laut…

Angsa-angsa ini merupakan penjaga rumah ketika nenek meninggalkan rumah

Sehingga kini mereka dijaga baik dan kekal berkawan dengan nenek itu. Bagi nenek itu pula apa yang diinginkan adalah hidup yang gembira di samping kawan-kawan angsanya…

Jangan cemburu melihat papan tanda untuk angsa-angsa ini ya…

Lihatlah video yang amat menarik di bawah:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...