HIBURAN, Ria, VIDEO

Karakter animasi comel bernama Lucas ini pastinya akan membuatkan anda mula sukakan labah-labah!

Karakter animasi comel bernama Lucas ini pastinya akan membuatkan anda mula sukakan labah-labah!

Jika anda benci atau takut dengan labah-labah, tunggu sehingga anda melihat labah-labah yang sangat comel ini.

Joshua Slice baru-baru ini berjaya membuang perasaan takut netizen terhadap haiwan berkaki lapan itu dengan mencipta satu karakter animasi yang sangat comel.

Joshua telah menghasilkan satu animasi pendek dan meminta anak buahnya yang bernama Lucas untuk menghidupkan watak tersebut dengan suaranya. Hasilnya sangat hebat sehingga membuatkan netizen berharap agar video animasi ringkas tersebut dijadikan filem Pixar!

“Ini adalah ujian animasi ke atas satu karakter yang sedang saya lakukan. Saya bertanggungjawab dalam melakukan rekaan, animasi, pengcahayaan, menterjemahkan dan melengkapkan seluruh proses,” tulis Joshua.

Sungguh kreatif dan inovatif! Siapa sangka labah-labah yang selama ini dianggap sebagai haiwan paling menakutkan dan berbahaya telah berjaya dipamerkan sebagai haiwan yang comel.

Warga netizen turut terhibur dengan karakter yang dimainkan oleh Lucas. Suara yang comel dilengkapkan lagi dengan karakter labah-labah kecil bermata besar dan bulat, siapa yang tidak akan jatuh cinta dengannya.

“Labah-labah paling comel yang pernah saya lihat!”

“Saya minta agar karakter ini dijadikan sebagai salah satu filem Pixar, seperti Toy Story”.

Malah, ada juga yang mula memberikan beberapa cadangan bagi perjalanan cerita dalam filem tersebut.

“Jalan cerita: Labah-labah yang kecil sememangnya sukakan manusia, tetapi mereka yang takut dengan manusia! Ibu bapa Lucas sentiasa cuba memberitahunya bahawa manusia tidak akan pernah menyayanginya disebabkan oleh rupanya. Sehinggalah pada suatu hari, Lucas bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang sangat sukakan labah-labah. Mereka kemudian membina perhubungan yang mementingkan keikhlasan hati berbanding rupa luaran. Saya rasa Millie Bobbie Brown sebagai suara latar bagi watak gadis itu, Danny DeVito sebagai bapa Lucas dan Brendan Fraiser sebagai seekor belalang yang baik”.

Belum apa-apa lagi sudah mendapat sambutan yang hangat! Saksikan animasi pendek Lucas si labah-labah comel di bawah dan anda pasti akan sukakannya!

Sumber: Bored Panda

Kategori:HIBURAN Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...