Aneh, Galeri Foto, INSPIRASI, Ria

Haiwan peliharaan unik! Nenek jatuh cinta dengan ‘capybara’ yang comel dan peramah lalu memeliharanya

Haiwan peliharaan unik! Nenek jatuh cinta dengan ‘capybara’ yang comel dan peramah lalu memeliharanya

Kebanyakan keluarga atau individu akan menjadikan kucing, anjing dan arnab sebagai haiwan peliharaan di rumah. Ada juga yang memelihara haiwan eksotik seperti ular, siput, iguana atau cacing. Tidak kira bagaimana rupa haiwan itu asalkan ia comel dan boleh disayangi untuk dijadikan teman.

Tetapi pernahkah anda mendengar seseorang memelihara seekor tikus yang beratnya 45 kilogram?

Tikus ini amat besar dan luarbiasa! Seorang nenek bernama Marlene dari Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk memelihara tikus gergasi seberat 45 kilogram.

Tikus gergasi ini sebenarnya adalah satu spesis tikus atau ‘rodent’ yang dikenali sebagai capybara.

Apa itu capybara?

Habitat asal capybara ialah di Amerika Selatan iaitu spesis ini terdapat di selatan Brazil, utara Argentina, selatan Colombia, Venezuela dan Paraguay. Capybara adalah haiwan herbivor dua alam dan merupakan tikus terbesar di dunia.

Capybara dewasa membesar dari 1 hingga 1.3 meter panjang dan boleh mencapai berat sehingga 50 kilogram. Haiwan ini mempunyai gigi yang comel dan ekornya sangat pendek sehingga ia digelar sebagai ‘tikus yang tiada ekor’.

Marlene mengambil keputusan memelihara tikus gergasi ini secara kebetulan, dan selepas itu nenek dan haiwan peliharaannya ini menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan.

Pada satu malam selepas makan malam, Marlene telah keluar bersiar-siar apabila secara tiba-tiba telah mendengar suara pelik seperti haiwan merintih. Marlene menjadi takut tetapi perasaan ingin tahunya mengatasi ketakutan tersebut dan beliau mengambil keputusan untuk menyiasat haiwan apa yang membuat bunyi pelik itu.

Alangkah terkejutnya nenek ini apabila melihat tikus gergasi ini dengan mulutnya yang tajam dan dua gigi depan yang panjang dan besar. Dengan segera Marlene telah mengambil haiwan yang seperti dalam kesakitan ini dan mahu menyelamatkannya. Setelah diteliti, Marlene mendapati terdapat luka yang dalam di muka sebelah kanan haiwan ini dengan pendarahan yang mengalir keluar. Amat menyakitkan.

Marlene membuka baju panasnya dan menutup tubuh tikus gergasi lalu mengangkatnya dan membawa ke klinik haiwan. Selepas doktor haiwan memeriksa tikus besar ini, Marlene telah diberitahu yang lukanya telah dijangkiti dengan bakteria dan kecederaannya tidak serius dan boleh dipulihkan.

Selepas doktor haiwan mencuci luka tersebut, tikus besar ini telah dibenarkan pulang. Siapa yang tahu, selepas itu tikus gergasi ini dan Marlene telah saling jatuh cinta dan menjadi rapat sehingga mereka tidak dapat dipisahkan.

Marlene telah bertanya dan diberitahu oleh doktor haiwan yang tikus gergasi ini bernama capybara dan ia merupakan spesis tikus terbesar di dunia.

Hati Marlene telah tertawan apabila melihat capybara ini sangat comel dan telah membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan.

Lihat sahaja gambar Marlene dan haiwan kesayangannya ini. Nampak hebat dan mengejutkan bukan? Apabila mereka keluar berjalan bersiar-siar di taman, orang akan melihat capybara ini dengan perasaan terkejut dan takut. Mereka fikir capybara ini adalah tikus mutan.

Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan binatang ini. Capybara adalah haiwan jinak dan akan memberikan kita perasaan sayang, dengan ekpresi yang bosan tetapi comel serta pergerakannya yang perlahan.

Rutin hariannya adalah makan, tidur dan mandi, yang menjadikan ia haiwan yang sangat sesuai dan tepat untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Tetapi terdapat satu masalah. Capybara mempunyai satu kepakaran yang sangat istimewa iaitu ia pandai membuat kawan. Sifat semualajadi capybara ialah ia haiwan yang peramah dan mampu berkawan dengan mana-mana haiwan yang mahu berkawan dengan capybara.

Jika tidak percaya, sila lihat lagi foto-foto ini…

Lihat! Inilah sifat capybara. Capybara haiwan yang agak pendiam dengan kelakuan yang baik. Tetapi ia boleh berkawan dengan mana-mana sahaja haiwan lain dan tahap komunikasinya dengan haiwan lain amat mengagumkan!

Kredit foto: goodtimes.my

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...